Tuesday 28 April 2009

PAK KADUK PELUPA..


Sesungguhnya Melayu mudah lupa. Kita lupa betapa kita dijajah dahulu, kita terpaksa panggil tuan orang yang menjajah kita, orang yang menghina kita. Tak boleh cakap berkenaan ketuanan Melayu. Kamu jadi hamba dahulu, bukan Tuan, layak hanya untuk tanampadi, tangkap ikan, jadi kuli orang, bawa kereta orang, tukang masak orang..



Selama 450 tahun kita dijajah, hidup sebagai hamba, dianggap tidak layak mentadbir negara sendiri, tidak layak merdeka.Kita terpaksa letak diri kita dibawah naungan negara-negara jiran yang lebih kuat. Tiap tahun kita usung bunga emas dan perak untuk dipersembahkan kepada negara penaung-penaung kita..


Kadang-kadang Raja kita pun pergi bersama, untuk membukti kesetiaan diri dan negeri kepada negara penanung. Kata orang Kedah “Terkerempun-kerempun” apabila berhadapan dengan orang asing.Mungkin ramai yang tidak faham. Tanyalah orang Kedah. Itulah “body language” kita dahulu walaupun hari ini ada juga, tetapi pada Raja yang tak bertakhta..


Saya biasa lihat seorang orang tua Melayu berbasikal di tendang jatuh oleh askar Siam semasa Kedah diberi kepada Siam oleh Jepun. Kesalahan orang tua ini ialah kerana tidak berhenti dan menghormati lagu kebangsaan Siam. Saya biasa lihat orang Melayu ditempeleng dan disuruh panjat pohon kelapa seperti kera oleh Jepun. Inilah nasib orang yang tidak merdeka, tidak memerintah Negara sendiri. Boleh ditendang, boleh ditempeleng..


Dan yang lihat diam sahaja, tak dapat buat apa-apa, termasuk saya. Dalam kehinaan ini muncul kesedaran dan semangat untuk menebus balik maruah bangsa. Dan bergabunglah orang Melayu untuk menangkis rancangan Malayan Union British, untuk mengekalkanperhambaan orang Melayu. Tidak siapa yang bertanya “apa yang saya akan dapat bagi diri saya” pada ketika itu. Yang kita tumpukan ialah untuk membebaskan bangsa dan Negara daripada dijajah dan dihina.



Kalau dalam proses ini kita terkorban, atau kita berada seperti biasa, itu tidak mengapa. Yang kita utamakan ialah maruah bangsa kita, tidak lagi akan ditendang, tidak lagi akan ditempeleng – tetapi akan dihormati oleh kawan dan lawan.


Sekarang kita merdeka. Perjuangan pengasas negara telah berjaya. Kita tidak akan ditendang dan ditempeleng lagi. Kita bebas daripada kehinaan. Memang pun keadaan terhormat ini sudah menjadi perkara biasa bagi kita. Bagi ramai dari kita ia dating bergolek. Ia datang melayang. Ia tidak akan dipisah dari kita.


Perjuangan orang dahulu adalah perkara lama, tidak perlu diingati. Yang jelas kita sudah merdeka, dapat pelajaran dan kaya sedikit. Soal tendang, tempeleng, itu cerita lama. Pepatah Melayu berkata sekali merdeka, selama-lamanya merdeka. Apa pun kita buat merdeka tetap merdeka. Sekarang ialah masa untuk kita “enjoy”. Kita kecap sepenuhnya nikmat yang ada pada kita.


Apa dia nya semangat ke-Melayuan? Apa relevannya? Bukankah kita sudah berjaya? Hendak semangat buat apa lagi? Masuk parti untuk apa? Perjuangan sudah selesai dengan jayanya. Tidak bermakna masuk parti jika tidak dapat sesuatu bagi diri sendiri. Kita sokongorang dapat jadi Yang Berhormat, jadi Menteri, dapat peluang raih duit kerajaan dan lain-lain. Kita tak bolehkah dapat sikit bagi diri kita?


Tetapi benarkah kita akan merdeka selama-lamanya? Memang benar. Walaupun kita tidak buat apa-apa untuk mengekalkan kemerdekaan, bukankah sudah 50 tahun kita merdeka? Apa yang hendak dikhuatirkan? Lima puluh tahun, 100 tahun lagi pun kita akan merdeka walau apa pun kita lakukan. Takkanlah kerana kita ambil 100 Ringgit duit sogokan maka akan hilanglah kemerdekaan kita? Kita boleh sembahyang hajat dan terima 100 Ringgit lagi. Orang lain terima lebih daripada kita., katanya satu juta. Masih kita merdeka. Tidak benar kerana sedikit rasuah kemerdekaan akan hilang


Tetapi ingatlah penjajahan tidak selalu berbentuk penaklukan secara langsung. Penjajahan boleh berlaku walaupun kita miliki pemerintahan sendiri. Ia boleh berlaku apabila pemerintah kita yang dipilih dan diberi kuasa oleh kita sudah menjual diri mereka kepada orang lain, samada dari dalam negeri atau dari luar. Atau takut jiran marah..
-Tun Dr. Mahathir..
PENAT PERGI PESTA BUKU DAN SIGN AUTOGRAF MASIH LUM HILANG..

Saturday 25 April 2009

ESAK PAK KADUK..

Kita bernasib baik kerana dalam bidang politik kita cekap, kita kuat, kita dapat menguasai Kerajaan selama 50 tahun. Walaupun Melayu berpecah kepada beberapa parti, bermusuh sesama sendiri, tetapi majoriti Melayu masih dapat kekalkan kuasa mereka. Mereka dihormati dan disegani..



Tetapi itu pun sudah terlepas daripada genggaman kita. Sekarang kita tidak kuat lagi. Parti Melayu yang terkenal sudah kalah dalam Pilihanraya Umum ke-12. Parti Melayu yang menang pun berada dalam ketakutan jika parti rakan mereka menolak mereka. Sekarang orang tidak lagi hormat kita. Apa sahaja yang dituntut orang lain, baik yang menang, baik yang kalah akan kita layan. Kita yang perlu hormati orang lain. Tersilap sikit kita minta maaf bagi pihak semua bangsa Melayu.





Sesungguhnya pemimpin kita yang perjuangkan kemerdekaan, yang menebus maruah kita sudah kita khianati. Mereka berjuang bermati-matian supaya kita hidup bahagia. Mereka korbankan apa sahaja yang ada pada mereka. Pemimpin Melayu hari ini, pengikut –pengikut mereka tidak tahu mengenang budi. Mereka khianati pejuang-pejuang dahulu dengan melupakan perjuangan asal kerana utamakan kepentingan diri sendiri. Biar bangsa hancur asalkan dapat kemenangan bagi diri sendiri, dapat jadi Menteri, Perdana Menteri, dapat kontrak, dapat duit.




Kononnya nak jadi Perdana Menteri termuda. Bukan nak majukan bangsa dan negara, hanya jawatan tertinggi untuk diri sendiri seawal mungkin. Dengan apa cara sekalipun, halal atau haram, tak mengapa asalkan boleh jadi Perdana Menteri termuda. Jika kita sudah sanggup jual bangsa kita, kita jual untuk dapat duit sedikit, untuk jawatan kecil dan besar, untuk isi temolok kita, alamatnya apa? Yang dikejar tidak akan dapat, yang dikilik akan berciciran. Lepas itu kita tidak ada apa-apa yang boleh diraih lagi. Semuanya akan dikuasai orang. Pada masa itu kita jadi hamba sahaja, kita akan meminta-minta sepanjang masa.





Ada pula yang di bawah bertanya, orang yang mereka sokong dapat jadi Perdana Menteri, Menteri, Menteri Besar – dapat kereta, dipanggil Yang Berhormat, elaun besar, terbang sana, terbang sini. Kita dapat apa? Duduk di takuk tu juga. Lebih baik kita ambil sedikit bagi diri kita, sementara ada peluang.




Salahkah kalau kita terima duit sedikit? Mungkin kita tidak undi orang yang menyogok. Dia bukan tahu. Tetapi Tuhan tahu. Kamu membuat sesuatu yang haram. Kamu bukan sahaja jual bangsa. Kamu menolak agama kamu yang melarang, yang mengharamkan perbuatan kamu.Kamu berdosa. Tapi tak mengapa. Masih muda, tak akan mati lagi. Bila dekat nak mati pakai kopiah putih dan sembahyang kuat-kuat.






Tetapi yang haram, haram juga. Kalau makan daging babi haram, makan duit rasuah lebih haram, kerana ia akan binasakan bukan kita sahaja, tetapi kaum bangsa kita yang semuanya beragama Islam. Pengundi salah, samada undi penyogok atau tidak. Salah kerana sudah terima jenayah rasuah sebagai budaya kamu.





Apabila rasuah dibudayakan, percayalah bangsa dan Negara mungkin dijajah oleh penyogok secara langsung atau tidak langsung. Bangsa akan dihina oleh dunia, akan dipandang rendah, akan dipermainkan orang. Akhirnya yang makan suap, mereka sendiri akan jadi mangsa, mereka sendiri akan terpaksa hulur untuk mendapat apa yang sebenarnya hak mereka. Inilah nasib bangsa yang menjadikan rasuah sebagai budaya biasa.. -TUN DR.MAHATHIR



SELAMAT DATANG KE PESTA BUKU, AHAD INI YEZZZZA AKAN BANTU MEMASARKAN NOVEL TERBARU KARANGAN ADIK YEZZZZA BERJUDUL 'DIAM DIAM RINDU'..

Thursday 23 April 2009

TANGIS PAK KADUK.. 2

Orang Melayu dikatakan kaum pendatang di negara nya sendiri. Dan kaum pendatang lain tidak boleh dipanggil kaum pendatang. Jika sesiapa berbuat demikian, mereka mesti minta maaf. Tidak perlu sesiapa minta maaf jika berkata Melayu kaum pendatang..






Namun saya memberanikan diri untuk bercakap sedikit berkenaan orang Melayu di Malaysia walaupun akan dituduh sebagai racist. Saya beranikan diri kerana sesungguhnya orang Melayu berada dalam keadaan cemas, dilanda oleh bermacam-macam masalah dan ancaman.




Jika orang Melayu tidak dibenar bercakap berkenaan masalah mereka, maka mereka mungkin jadi kaum yang terlucut hak (dispossessed) di negara mereka sendiri. Bahaya ini benar kerana kita sudah lihat tekanan dan kehinaan terhadap bangsa kita apabila mereka dijadikan bangsa minoriti di wilayah yang dahulu adalah sebahagian daripada negeri-negeri Melayu.






Keadaan ini boleh berlaku kepada orang Melayu bukan sahaja kerana orang lain tetapi kerana orang Melayu sendiri. Mereka suka membinasakan diri mereka. Mereka tidak mahu merebut peluang yang disedia bagi mereka. Tempat di universiti tidak diambil. Peluang perniagaan diselewengkan. Belia Melayu tidak ingin belajar, lebih berminat dengan melepak atau jadi Mat Rempit.





Majoriti daripada rakyat Malaysia yang terlibat dengan dadah terdiri daripada orang Melayu, yang mendapat penyakit HIV Aids kebanyakan adalah Melayu, kes rogol dan jenayah lain juga ramai orang Melayu. Yang gagal dalam perniagaan juga Melayu, tidak bayar hutang Melayu, tak selesaikan kontrak juga Melayu. Gejala jualan AP pun melibatkan Melayu.






Kita tak suka dengar semua ini. Kita malu. Tetapi jika tidak disuarakan masalah tidak akan hilang dengan sendirinya. Orang lain tahu juga. Lebih baik malu jika kita dapat sedarkan beberapa kerat daripada kita dan mereka mengubah tabiat supaya tidak melakukan yang salah lagi. Yang lain tak malu tak mengapa. Tak mungkin kita dapat sedarkan semua. Yang kena akan terus kena..





Dasar Ekonomi Baru dibentuk supaya dalam jangkamasa 20 tahun kita akan dapat bahagian kita sebanyak 30%. Tetapi sekarang sudah hampir 40 tahun. 20% yang dikatakan kita dapat pun dapat kerana badan-badan yang mewakili Melayu, bukan orang Melayu sendiri. Kita hendak supaya DEB diteruskan.




Apa gunanya jika kita tidak mahu guna peluang yang diwujudkan? Apakah kita mahu DEB kerana nak jual AP, kontrak, lesen dan sebagainya? Lebih baik DEB tidak diteruskan dan kita tidak dapat selewengkannya. Sekurang-kurangnya kita tak akan malu kerana pelbagai ejekan yang akan dibuat kepada kita. - Tun Dr. Mahathir
Sibuknyer minggu ni, kira tender peruntukan pakej ransangan ekonomi.., kalau dapat beruntung la tauke syarikat, tapi yezzza tetap begini, makan gaji bulan.. :(

Monday 20 April 2009

TANGIS PAK KADUK..

Saya yakin ramai daripada kita terutamanya orang Melayu dan bumiputra lain berasa kita berada dalam keadaan cemas, keadaan yang merbahaya, keadaan terancam. Kenapa tidak? Kita kini diserang berkali-kali oleh berbagai pihak.




Ramai daripada orang lain berkata Melayu adalah kaum pendatang. Melayu mengamalkan apartheid ala kulit putih Afrika Selatan. Melayu tidak adil, suka menidakkan hak kaum-kaum lain. Melayu sudah cukup kaya dan tidak perlu dasar Ekonomi Baru lagi. Semua peluang perniagaan dan pelajaran diberi hanya kepada orang Melayu. Kuasa politik dibolot oleh orang Melayu dan lain-lain.




Berhadapan dengan tuduhan dan tohmahan ini Melayu sekarang tidak boleh mempertahankan diri, bahkan tidak boleh bercakap berkenaan dengan bangsa mereka tanpa dituduh sebagai racist. Mereka harus terima sahaja semua tuduhan/tohmahan ini dan berdiam diri atau bersetuju sahaja.





Mereka juga boleh tambah tokok kepada kecaman ini dan mereka ini akan dianggap liberal dan disanjung tinggi oleh orang lain. Sebenarnya orang Melayu sekarang berada dalam ketakutan, tidak mempunyai pemimpin yang sanggup pertahankan mereka.





Sebaliknya pemimpin mereka mengerohkan lagi keadaan dengan memohon maaf walaupun kesalahan dilaku oleh orang lain. Demikianlah situasi yang mereka hadapi sehingga mereka berasa mereka bersalah, tergamam dan tak dapat berkata apa-apa.





Keadaan hari ini lebih merbahaya daripada keadaan semasa British merancang untuk menakluk negeri-negeri Melayu dengan perancangan Malayan Union. Pada masa itu kita boleh cakap berkenaan Melayu dan tidak ada sesiapa yang akan tuduh kita sebagai racist.





British pun tidak panggil kita racist. Mereka akui memang pun hak orang Melayu menuntut negeri-negeri Melayu sebagai hak orang Melayu. Semua perjanjian berkenaan dengan negeri-negeri di semenanjung mesti dibuat dengan Raja-Raja Melayu. Tidak ada siapa dari kaum lain yang berhak membuat apa-apa perjanjian..




Sekarang orang Melayu tidak pun boleh berkata negeri ini negeri Melayu, tidak boleh sebut negeri ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Negeri Jepun boleh dikatakan negeri orang Jepun, negeri Korea – negeri orang Korea, negeri China – negeri orang Cina, negeri India – negeri orang India. Tetapi negeri Melayu – bukan negeri orang Melayu.




Dahulu mungkin. Tetapi tidak sekarang. Sekarang Malaysia, hak orang Malaysia dan bukan hak orang Melayu. Kesanggupan dan kerelaan orang Melayu berkongsi milik negara ini tidak sedikit pun dihargai. Pemberian satu juta kerakyatan oleh Tunku Abdul Rahman Putra kepada kaum lain tidak dihargai bahkan tidak diingati, dilupakan dengan begitu sahaja..
-BULAN NI BUZY SANGAT MENGIRA TENDER, TAK CUKUP MASA NAK EDIT BLOG.., COPY UCAPAN TUN JER..

Saturday 11 April 2009

SYURGA ANGKASA

Tengokla pesawat milik Sultan Brunei nih.... hebatkan? warnanya pun dah boleh melambangkan kemewahannya... jom kite tengok bahagian dalam nya pula macamana?....
Cuba tengok bilik airnya.... warna keemasannya memang mengagumkan... rekabentuknya pun memang unik... hebat!

Bilik tidur pun ringkas dan menarik... mesti empuk tilam tuh... klu baring sure tenggelam badan kiter di buatnya... bestnyer

'washroom' pun tak kurang hebatnya... warna keemasan membuatkan keadaan sekeliling nampak elegance dan menarik....biler la aku dapat 'washroom' cam nih...

Laluan keemasannya nampak lebih unik biler lantai tersebut dihiasi dengan kemasan corak yang unik... idea yang sangat kreatif memperlihatkan lagi keindahan laluan tersebut...

walaupun bilk tidur ni nmpak simple tpi msti tilam tu empuk.. sure klu tidur mesti lena sampai ker pagi.....
Tapi semua ini hanyalah angan ku yang mustahil akan ku miliki kerana ianyanya adalah 'Syurga Angkasa hak milik Sultan Brunei'..........so janganlah bermimpi disiang hari...

Thursday 9 April 2009

CINTA LELAKI

Cinta lelaki memang pelik dan aneh tetapi unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki, yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis. Aneh apabila dia sudah lembut dan romantis, mudah pula dia berasa sayu, pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami. Adakalanya lunak tetapi selalunya keras dan kurang simpati. Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita disisinya tetapi tatkala sudah memperolehinya, jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, adalah yang disenangi pasangannya, seorang wanita bernama kekasih mahupun sudah bergelar isteri.


Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui :
1. Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih/isteri tanpa sedikit keterpaksaan.
2. Semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.
3. Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.
4. Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi kekasih/isterinya.

5. Dia mencemburui kekasih/isteri - lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan mereka. Konkongan semata-mata oleh perasaan sayang dan cemburu yg meluap-luap.

6. Dia akan kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih/isteri.
7. Dia akan mudah merajuk dan sensitif apabila anda tidak menumpukan perhatian penuh terhadapnya. Kadang-kadang dia seperti anak kecil utk mendapatkan layanan yang terbaik dari pasangan.
8. Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih/isteri.
9. Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada kekasih/isteri. Merasa lega bila pasangan memujuknya.
10. Dia akan gelisah apabila berjauhan dengan kekasih/isteri. Dia akan kerap menelefon dan menghantar SMS.
11. Dia akan kerap bertanya apakah kekasih/isterinya mencintainya.

12. Lelaki yang jujur dan cukup 'mabuk' dalam percintaannya pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isterinya.

* artikel ini diperolehi dari email yang dikirimkan oleh sahabat lama

Sunday 5 April 2009

GANTANG NAN SECUPAK

KEMISKINAN DAN KEKAYAAN ADALAH NASIB. Ini adalah mitos yang berlaku di dalam masyarakat di negara kita hinggakan muncul kata-kata “kalau dah rezeki secupak tak akan jadi segantang”.




Kita sering mendengar, mungkin juga termasuk di antara kita pernah terucap; miskin sudah merupakan nasib kita.





Bagaimanapun kita bekerja keras, nasib tidak mungkin berubah, kerana ini sudah suratan takdir ? Sebaliknya, kalau nasib kita sudah ditentukan kaya sejak dari dalam perut ibu, maka usaha lah apa pun, bahkan kerja ‘main-main’ pun boleh menjadikan kita senang dan kaya.




Orang miskin tidak tahu sangat tentang kemiskinan kerana mereka tidak pernah kaya dan tidak pernah merasa kaya tetapi orang kaya yang jatuh miskin akan merintih-rintih tentang kemiskinan dan kesusahan..




...apa itu MISKIN ? Apa itu KAYA ? cuba tanya definasinya pada tokoh korporat, orang kampung, anak menteri dan juga orang asli, tentu jawapannya sangat berbeza.



kaya dan miskin adalah pada ukuran kebendaan dan ditafsirkan oleh masyarakat mengikut persepsi sendiri dan menurut selera sesuka hati..

Thursday 2 April 2009

HADIAH YANG TERBAIK

“Adalah baik untuk memberi ketika diminta, tapi jauh lebih baik lagi jika memberi tanpa harus diminta.”



Kepada kawan - Kesetiaan dalam persahabatan



Kepada musuh - Kemaafan walau berkali-kali di aniaya



Kepada ketua - Khidmat yang tidak berbelah bagi


Kepada yang muda - Contoh terbaik yang mengasuh minda




Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan pengorbanan mereka.



Kepada pasangan - Cinta, setia dan ketaatan

Kepada manusia – Kebebasan