Friday 26 September 2014

DIY : JUBAH EKSPRESS BUDAK LELAKI (PART 1 : MEMOTONG)

as salam semua... kalini yanna nak kongsikan cara buat jubah ekspress... jubah ni yanna buat untuk si kecik menghadiri majlis harijadi sepupunya... sekejap jer yanna buat jubah ni.. mula potong waktu pagi... petang dah siap... majlisnya malam... so boleh terus pakai.... jubah ni yanna buat menggunakan kemeja en suami yang tak digunakan lagi... so jom tengok cara-cara nya ye.. kalau ade yang tak faham boleh bertanya... untuk fasa pertama ni yanna tunjuk cara memotong dulu...


kemeja asal - shhhhh.. abaikan barang yang bersepah atas meja tuh ye :)


lipat dua kemeja lama... ambil jubah sediada sebagai ukuran... buat seperti gambar di atas.


bahagian tangan jubah sediada dilipat supaya kita tak tergunting tangan jubah tuh... potong ikut jubah asal tapi lebihkan 1/2" ye untuk basi jahitan


dapatkan ukuran bahagian lengan untuk buat keruk lengan... yanna ambil ukuran 5" dari bahu ke bahagian bawah lengan (ketiak)... tandakan.. potong


bila dah potong dapatla 2 keping baju... asingkan bahagian depan dan belakang... ambil bahagian depan dan tandakan leher baju... bukaan untuk leher tuh yanna amik 21/2" dan ukuran serong tuh yanna amik 41/2"... tandakan..potong.. ketepikan

untuk bahagian belakang pula.. tandakan 21/2" panjang dan 1/2" lebar..dan wat keruk leher (alaaa... macam wat leher baju kurung bahagian belakang tuh...sama jer)


pastuh amik ukuran tangan... untuk bahagian nih... yanna amik pada bahagian tangan kemeja asal... panjang dan lebar tangan tuh yanna main agak-agak je ye.. ikut suka kita nak letak.. ikut contoh jubah lama pun boleh... cara buat ukuran lubang tangan cam kita potong baju kurung moden punya lubang lengan tuh...


bahagian tangan yang dah dipotong... beginila hasilnya...

ok..siap sudah proses menggunting... bolehlah dikemaskan dengan jahitan tepi jubah.... akan datang yanna akan kongsikan cara menjahitnya pula...

~~ SELAMAT MENCUBA YE ~~

XOXO :D

Wednesday 10 September 2014

BEGEDIL DAGING N SAMBAL KICAP CILIPADI

Bismillahirrahmanirrahim... pembuka bicara.. alhamdulillah segala kerja pengiraan kos untuk 3 buah rumah banglo telah pun yanna siapkan dan telah pun berada di tangan pemilik.. hanya menunggu keputusan pemilik samada bersetuju dengan harga yang diberi ataupun ingin perbincangan semula dibuat... yanna bagi masa untuk pemilik berfikir... (apa yang yanna bebelkan nih..hihihi)

ok.. stop pasal kiraan... seperti yang yanna janjikan tempoh hari... yanna nak kongsikan resepi bergedil daging dan juga sambal kicap cilipadi yang dimakan dengan soto... tengok gambar kat bawah nih ye.. 


ni gambar entri dulu.. sorila yanna tak snap gambar begedil dengan sambal kicap tuh so gunala gambar nih..hihihi... nampak tak bergedil tuh... (nampakkan)... mana sambal kicap plak... tuh yang kt dalam bekas atas sebelah kiri tuh...hehehe... sambalnya menyorok... ada dalam bekas...

so jom cuba buat begedil dan sambal kicap mengikut citarasa yanna... kengkawan pun boleh ubah mengikut citarasa tersendiri... no hal la :)


BEGEDIL DAGING

Bahan2:-

5 biji kentang sederhana besar
400gm daging cincang - yanna guna ramly burger punya
1 biji bawang besar merah - dipotong dadu
2 sudu kecil jintan manis 
1 sudu kecil biji ketumbar 
1/2 sudu kecil jintan putih 
3 sudu kecil bawang goreng
1 biji telur
minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa
daun bawang dan daun sup - dicincang halus

Cara2:-

1. Kentang dibersihkan dan dipotong wedges kemudian dikukus hingga empuk/lembut. Lepas tu lecekkan kentang sementara masih panas.

2. Daging cincang digoreng tanpa minyak terlebih dahulu. Goreng sehingga berubah warna. Masukkan ke dalam kentang.

3. Sangaikan jintan manis, biji ketumbar dan jintan putih sehingga naik bau. Kemudian tumbuk hingga halus dan masukkan ke dalam kentang tadi.

4. Masukkan pula bawang merah, bawang goreng, daun bawang serta daun sup ke dalam adunan kentang tadi.Perasakan garam dan gaul hingga sebati.

5. Pukul sedikit telur. Panaskan minyak. Bentukkan bulat adunan tersebut dan celupkan kedalam telur dan goreng hingga masak. Begedil daging sudah siap untuk dihidang.


SAMBAL KICAP CILIPADI

Bahan2:-

Segenggam cilipadi
Kicap pekat manis secukupnya - yanna guna kicap manis cap kipas udang
secubit garam
2 biji kecil bawang merah - dihiris halus
1 ulas bawang putih - dihiris halus
1 sudu kecil minyak masak untuk menggoreng

Cara2:-

1. Panaskan minyak. Gorengkan cilipadi, bawang merah dan bawang putih sehingga layu. Angkat dan ketepikan.

2. Masukkan bahan yang digoreng tadi ke dalam pengisar. Masukkan juga kicap pekat manis dan secubit garam. Kisar hingga halus.

3. Siap untuk di hidang.

selamat mencuba....


~~ MUDAH, SENANG & SEDAP~~

XOXO :D

Saturday 6 September 2014

KESIBUKAN MELANDA

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua... yanna nak bagitau kengkawan yang yanna belum berkesempatan untuk tuliskan resepi seperti dijanjikan sebelum ini... sori yer sebab yanna tengah sibuk dengan kerja seperti gambar di bawah ini... nak tau kerja ape?... jeng..jeng..jeng...

sesiapa yang bekerja di dalam bidang pembinaan mesti tau apa yang yanna buat nih.. sesiapa yang tak tau.. yanna bagitau eh... yanna tengah kirakan kuantiti bahan binaan sesebuah rumah.. kenapa kena kira kuantiti?... sebabnya untuk mendapatkan kos sesebuah rumah tersebut... haaaa... agak2 paham tak apa yang yanna terangkan nih...


hihihi... kalau tak faham.. bacalah sampai faham ye... :).. resepi tuh nanti yanna akan kongsikan di lain waktu.. maknanya selepas kerja yanna siap nih... tunggu ye kengkawan... jangan marah aaaaa... nnt kena jual.. hehehe... 

okla sampai kat sni je leh ngomel.. nak sambung mengadap kiraan jap.. see yaaa...

~~ TUNGGU PENUH SABAR YE ~~

XOXO :D

Wednesday 3 September 2014

SOTO KAMBING

Assalamualaikum dan selamat pagi semua... apa khabar ye kengkawan.. di harap semuanya sihat di bawah lindungan NYA.. kalini yanna nak kongsikan bersama satu resepi yang kerap yanna buat untuk santapan kami sekeluarga... resepi nih yanna rujuk resepi pelbagai blogger kat alam maya nih.. sape blogger tuh yanna pun dah tak ingat.. lupa (sori ye).. kalau yanna ingat nanti yanna bagitau.. ok.. cer layan gambar di bawah nih yer...


cer teka apa nih.. cam kenal je... :) .... nampak cam soto kn...


cer tengok lagi... memang soto.. tapi soto nih special tau... 


apa yang special?... ni bukan sebarang soto... ni soto kambeng.... mmmbeekkkk... hihi... dah bersedia... ok.. ni resepinya :-

SOTO KAMBING

** untuk 5 orang makan

Bahan2:-

Bahan A

Daging kambing secukupnya ( di potong kecil )
2 biji bawang merah 
3 biji bawang putih 
1/2 inci halia 

** semua bahan A di hiris halus

Bahan B

4 batang serai
1 inci halia
5 biji bawang merah
7 biji bawang putih
1 inci kunyit
3 sudu besar rempah kurma

** semua bahan B di kisar

Bahan C

Rempah ratus
4 biji buah keras
2 sudu kecil biji ketumbar
2 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil biji lada hitam (sukatan ikut kepedasan masing2 ye)

** kesemua bahan di atas hendaklah di sangai (di goreng tanpa minyak) dan di tumbuk halus

7 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
2 batang kayu manis
7 biji bunga cengkih

minyak untuk menumis
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara2:-

1. Panaskan minyak, tumiskan bahan A hingga naik bau dan masukkan daging kambing. Tunggu sampai daging kambing bertukar warna. macam separuh masak gituh.

2.  Bila daging kambeng tersebut dah separuh masak, masukkan air secukupnya.

3.  Di kuali lain, tumiskan bahan B hingga naik bau dan masukkan kesemua bahan C. Tumiskan hingga pecah minyak.

4.  Selepas ini barulah masukkan rempah ratus yang ditumis tuh ke dalam sup kambing tadi dan kacau. Masak hingga daging kambing tu empuk dan lembut. Perasakan garam dan gula. Dah siap..

boleh hidangkan bersama nasi impit/bihun serta pelengkap soto yang lain seperti  :-

~ begedil daging
~ daun sup
~ daun bawang
~ kacang tanah goreng
~ suhun goreng
~ kicap cili
~ bawang goreng
~ taugeh

akan datang yanna akan kongsikan resepi untuk kicap cili dan begedil pulak ye.. sampai ketemu lagi.

~~ SELAMAT MENCUBA ~~

XOXO :D