Friday, November 6, 2015

KEK COKLAT LEMBAP

Tekak harini nk makan kek coklat.. puas cari resepi dekat en gugel.. nak kek coklat yang lembap dan lembut gituh... akhirnya yanna jumpa resepi ni kat FB Kelas Bakeri.. tengok bahan-bahan yg digunakan semua ade kat dapur so yanna pun on je la.. so jom kite semak resepinya


nampak tak kek coklat hasil air tangan yanna daripada resepi FB Kelas Bakeri... memang sedap.. lambap... cair dimulut gituh.. tak sangka anak yanna pun suka sangat kek ni... kek ni dah kali ketiga yanna buat... seronok tengok anak makan tu yang rajin membuatnye..


nak cuba buat tak?... meh yanna kongsikan resepinya kat bawah ni.. apa2 pun terima kasih pada tuan punya resepi... memang terbaik!!...

Bahan2 kek :-

1 3/4 cawan tepung serbaguna
3/4 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 1/2 cawan gula kastor
1 sudu teh garam
2 biji telur gred A
1/2 cawan minyak 
2 sudu teh vanilla
1 cawan susu segar
1 cawan air panas

Cara2 :- 

1. Panaskan oven pada suhu 177'c. Letakkan kertas minyak pada bahagian bawah loyang, ketepikan.

2. Campurkan gula + tepung + serbuk koko + baking powder + baking soda + garam di dalam mangkuk. Gunakan whisk untuk mengadun semua bahan sehingga bercampur semuanya.

3. Dalam mixer pukul telur hingga pecah kuningnya dan masukkan susu, minyak dan esen vanilla. Pukul pada kelajuan sederhana selama 2 minit. Masukkan bahan kering dan kacau sebati. 

4. Akhir sekali masukkan air panas, ketika ini adunan akan menjadi cair, jangan panik tau.. ok je tu.

5. Tuangkan adunan tadi dalam loyang, bakar selama 40-50 minit atau hingga masak ye. Boleh cek kek tu dgn cucuk kan garfu.. klu kek tu tak melekat pada garfu maknanya kek tu dah masak.

** nota : oven kite semua tak sama dan lain2 kepanasannya.. kena check tau.

Bahan2 untuk topping ( coklat ganache ) :-

1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
2 sudu butter


Cara2 :-

1. Campurkan semua bahan dan masak dengan cara 'double boil' dengan api yg sederhana.  Kacau sehingga adunan menjadi cair (ganache).

2. Tuangkan ke atas kek tadi. Sejuk kan topping. Bila dah sejuk boleh la hiasi kek tu ikut kreativiti korang sendiri.

Siap!

~~~ JOM BUAT ~~

XOXO :D

No comments: