Thursday, 30 March 2017

STRESS PUNCA RAMBUT GUGUR


STRESS salah satu punca rambut gugur tau.. so korg kenalah atasinya.. klu x nnt korg akan jadi botak sepanjang hayat.. nak ke?..

korg boleh cuba beberapa cara utk kurangkan stress..

1. cuba korg bersiar2, jalan2, jogging or bersukan untuk relaxkan minda korg.

2. cuba luahkan masalah korg pada someone yg korg percaya.. ia dapat melegakan minda korg yg kusut tuh.

3. meh cuba guna HANA hair serum.. haruman wangiannya yg membuatkan korg tenang so xyah lagi guna minyak wangi terapi bagai tuh.. serum ni wangii sambil merawat tau (psst.. bonusnya.. ia boleh mengurangkan rambut korg yg gugur tu).. x nak ke?..
.
call/wasap EL utk maklumat lanjut 0196678249

Wednesday, 29 March 2017

HANA HAIR SERUM




H . A . N . A  Hair Serum

Warna : Purple
Bau : Fresh
Isi Kandungan : 60ml
Harga : RM10 sebotol

Macam mana ia berfungsi? 

Okay, H . A . N . A Hair Serum merawat rambut dari dalam untuk memperbaiki struktur rambut supaya jadi kuat sihat dan bermaya. Ia juga mampu :

❤ Melembutkan rambut
❤ Memperbaiki struktur dan nutikel di dalam rambut
❤ Mengurangkan masalah rambut gugur
❤ Menghilangkan kelemumur
❤ Bau yang tahan lama dan sangat wangi 
❤ Rambut jadi rapi dan tak perlu nak pakai minyak rambut bagai
❤ Boleh meluruskan rambut jika sentiasa jaga dan pakai.
❤ Rambut jadi kuat dan sihat. 

Sangat wangi dan tidak berminyak

✔ Boleh dibawa solat
✔ Satu botol tahan sebulan  
✔ Produk berasaskan air ("Water Base")

Yang pasti berkesan dan berbaloi... Dah try pasti repeat order ☺
.
WhatsApp :
EL Liyana
0196678249

** Agen Dropship diperlukan. Jom kita bisnes bersama...  Whatapps EL segera yer..✌

Friday, 6 November 2015

KEK COKLAT LEMBAP

Tekak harini nk makan kek coklat.. puas cari resepi dekat en gugel.. nak kek coklat yang lembap dan lembut gituh... akhirnya yanna jumpa resepi ni kat FB Kelas Bakeri.. tengok bahan-bahan yg digunakan semua ade kat dapur so yanna pun on je la.. so jom kite semak resepinya


nampak tak kek coklat hasil air tangan yanna daripada resepi FB Kelas Bakeri... memang sedap.. lambap... cair dimulut gituh.. tak sangka anak yanna pun suka sangat kek ni... kek ni dah kali ketiga yanna buat... seronok tengok anak makan tu yang rajin membuatnye..


nak cuba buat tak?... meh yanna kongsikan resepinya kat bawah ni.. apa2 pun terima kasih pada tuan punya resepi... memang terbaik!!...

Bahan2 kek :-

1 3/4 cawan tepung serbaguna
3/4 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 1/2 cawan gula kastor
1 sudu teh garam
2 biji telur gred A
1/2 cawan minyak 
2 sudu teh vanilla
1 cawan susu segar
1 cawan air panas

Cara2 :- 

1. Panaskan oven pada suhu 177'c. Letakkan kertas minyak pada bahagian bawah loyang, ketepikan.

2. Campurkan gula + tepung + serbuk koko + baking powder + baking soda + garam di dalam mangkuk. Gunakan whisk untuk mengadun semua bahan sehingga bercampur semuanya.

3. Dalam mixer pukul telur hingga pecah kuningnya dan masukkan susu, minyak dan esen vanilla. Pukul pada kelajuan sederhana selama 2 minit. Masukkan bahan kering dan kacau sebati. 

4. Akhir sekali masukkan air panas, ketika ini adunan akan menjadi cair, jangan panik tau.. ok je tu.

5. Tuangkan adunan tadi dalam loyang, bakar selama 40-50 minit atau hingga masak ye. Boleh cek kek tu dgn cucuk kan garfu.. klu kek tu tak melekat pada garfu maknanya kek tu dah masak.

** nota : oven kite semua tak sama dan lain2 kepanasannya.. kena check tau.

Bahan2 untuk topping ( coklat ganache ) :-

1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
2 sudu butter


Cara2 :-

1. Campurkan semua bahan dan masak dengan cara 'double boil' dengan api yg sederhana.  Kacau sehingga adunan menjadi cair (ganache).

2. Tuangkan ke atas kek tadi. Sejuk kan topping. Bila dah sejuk boleh la hiasi kek tu ikut kreativiti korang sendiri.

Siap!

~~~ JOM BUAT ~~

XOXO :D

Friday, 23 October 2015

KENTANG GORENG RANGUP

hai semua... camne harini?.. semoga semuanya sihat hendaknya.. ok.. kalini yanna nak kongsikan resepi kudapan ringkas wat kunyahan di depan tv :).. kentang goreng.. haaaa... yg mna dah expert tu tengok2 je la ye.. yg mana baru nak buat.. jom cuba cara yanna


sebelum yanna tuliskan resepi cer tengok pic atas nih.. ni lah hasil kejadian kentang goreng yanna.. sedap tau (puji diri sendiri la plak..hehehe).. rangup diluar dan lembut di dalam...


kentang goreng ni kena makan panas2 tau.. jgn la angkat dari kuali terus makan.. melecur lidah tuhhh.. biarkn die suam2 kuku gituh brula makan.... klu biarkan sejuk dah kurang rangupnya.... ok.. jom try.. yanna kongsikan resepi di sini ye..

Bahan2 :-

Kentang secukupnye - yanna guna 2 biji saiz sederhana.. dihiris spt dlm gambar di atas
Garam
Serbuk lada putih
Serbuk lada hitam
Minyak untuk menggoreng

Cara2 :-

1. Kentang yg dihiris di rendam dalam air sejuk - air yang dlm peti sejuk tu. Rendam selama 30minit

2. Toskan kentang dan lapkan kentang dengan kitchen tissue supaya nanti bila goreng minyak tak terpercik terkena air kentang tuh.

3. Panaskan minyak menggunakan api sederhana.. dan gorengkan kentang tadi sehingga ia lembut.

4. Setelah lembut angkat dan toskan minyaknye.

5. Dengan menggunakan minyak yg sama.. besarkan apinya.. gorengkan semula kentang yg dh digoreng kali pertama tadi. Goreng hingga nampak keemasan dan garing. Pastuh bleh di angkat.

6. Toskan kentang skali lagi dan taburkan garam, lada putih dan lada hitam.

7. Sedia untuk dingap...


~~ MUDAHKAN.. JOM BUAT~~

XOXO :D