Wednesday 18 November 2009

RAGAM

Apa yang aku nak kongsikan bersama dengan korang semua adalah akhlak atau perangai remaja masa kini. Satu petang, selepas seminar di KL selesai, aku pn balik semula ke opis aku dengan menaiki KTM.
Biasalah KTM… mesti penuh la. Naik pun kena berebut2. Kalau tak nanti kenala tunggu train lain. Penat tue. Aku berdiri di bahagian belakang train tuh. Pelbagai jenis bangsa yang menggunakan perkhidmatan nih. Berdiri disebelah aku adalah seorang makcik yang agak berumurla jugak. Aku agak umurnya dalam awal 50an. Depan aku plak orang negro.
Aku pun mula la berborak ngan makcik tuh. Rupa2nya dia nak pergi rumah anaknya di Bangi. Lagi 5 stesen lagi nk sampai Bangi. Jauh tuh. Cian makcik ni berdiri. Kalau aku duduk, dh lamer aku bagi makcik nih duduk. Aku tengok kt budak2 bujang yang duduk kt kerusi wat bodo jer. Sikit pun tak offer kat makcik nih duduk.
Nak aku sound nanti, aku ni perempuan. Tengok budak2 tuh muka cam gangster. Aku tak berani nak tegur. Tiba-tiba satu suara menyuruh bebudak tadi bangun dan suruh makcik tuh duduk. Rupa-rupanya orang negro tadi yang tegur bebudak tuh. Malunya aku. Bangsa lain yang tegur bangsa kita. Apalah agaknya tanggapan mamat negro tu td ek?....
Selain daripada tu, aku terlihat gak sepasang merpati dua sejoli di dalam train tuh sedang bermanja-manjaan. Tanpa rasa segan dan malu, depan orang ramai depa boleh wt drama. Ish..ish… macam-macam perangai aku tengok.
Ntah bila remaja kita leh jadi remaja yang berakhlak mulia, bersopan-santun dan saling menghormati……..

AWAL PAGI

awal pagi ni aku sempat wt sarapan utk bekal ker opis...huhuu... sesekali masak kn pa salahnyer...lgpn dh boring asyik mkn kt kedai jer... xtau nak mkn per dh.... huhuhuhu


Sunday 8 November 2009

HUJUNG MINGGU

maafla kpd sumer pelawat setia blog aku nih... dh lamer aku x update blog nih...maklumlah...sibuk ngn keje skrg nih.... wlubagaimanapn...aku tetap curi sdikit masa utk updatekn blog nih... skrg nih sibuk psal hujan n banjir sna sni tpi lain plaks citernyer...kt sni sibuk musim mengawan la...hehehe... ayam2 yg mak aku bela... dh mula bertelur... sekor tgh ngeramkn telurnya... 2 ekor lg tgh bertelur.... huhuhuhu.... bertambahla lg kroni ayam aku...bertambar besar la keluarga si ayam nih... ALHAMDULILLAH...
dh penat dok umh...aku ngn adik2 aku pergilah ke bandar melaka...sajer jer jejalan...isi masa lapang... ternampak plaks kek yg nmpknyer cam sedap...tpi raser xtau lg la kn... belilah sepotong...huhuuh...nk merasa la katakn...jgn kempunan... biler dh raser..sedap jugak kek nih... leh beli lg... klu ader rezki leh la beli sebiji kek tuh... nyam...nyam...








































Monday 14 September 2009

SYAWAL SEMAKIN HAMPIR



Dalam sedar ataupun tidak, Ramadhan hampir kepenghujungnya. Terasa sedih dihati untuk meninggalkan bulan yang penuh dengan keistimewaan ini. Aku harap amalanku di Ramadhan kali ni bertambah baik daripada yang sebelumnya.

Hanya tinggal beberapa hari lagi Syawal kn menjelang. Pada kali ini, aku menyambut kedatangan Syawal secara sederhana. Kuih beli 2 - 3 jenis jer. Langsir rumah guna yg lama punyer. Elok lg. Bru setahun guna so wt per nk membazirkn?... Baju plak, nasib baik dah siapkan sebelum poser lagi so xderla pening2 kepala nk pk kn baju yang x siap. hehehehehe

Alhamdulillah... aku bersyukur dengan segala rezeki yang ALLAH kurniakan dan aku berdoa semoga aku hati aku tabah menghadapi segala dugaanNYA dimasa akan datang..

Sempena kemunculan Syawal ni.. aku berkesempatan ingin mengucapkan selama menyambut Hari Lebaran dan aku mohon maaf zahir & batin...

S E L A M A T H A R I R A Y A

Saturday 22 August 2009

BULAN MULIA

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
namun...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...
suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan 'Izraildi kiri dan kanan ...
lorong-lorong redha Ar-Rahman
Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA

andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN
Sempena bulan Ramadhan ini
kemaafan dipohon andai ada kesalahan
baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja
semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk
diberkati dan dirahmati Allah S.W.T
INSYAALLAH.
"SALAM RAMADHAN"

Wednesday 5 August 2009

AWARD DR YUE_ZIEY


1) nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi award ini:


- Kaki kekurangan inchi ...hehehe ( jgn mrh ye yue_ziey )
- rabun....huhuhu
- giler glamour ( suker bergambar )
- klu ckp xyah guna microfon
- asyik tersengih cam kerang busuk...huhuhu
- suker tidooooooooooo...zzzzzzzzzzzzzz

2) setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri:

- kerja...kerja...kerja...
- tender...tender...tender...
- jait baju....jait baju...jait baju...
- suka g mancing.. dh lamer x g...huhuhu
- suker makan....nyam2


3) anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka:

ni yg maleh nih..... kpd sesiaper yg nk award nih... amik la yer.... dipersilakan

Sunday 2 August 2009

CUBA DAN TERUS MENCUBA.....


Isnin yang lalu aku telah menghadiri satu temuduga. Awal jam 8.00 pagi aku telah pun sampai ke tempat temuduga tersebut dijalankan. Aku dapati bukanlah aku orang yang terawal sampai di sana. Terdapat beberapa calon yang hadir mendahului aku. Jam 8.15 pagi, sesi pendaftaran dimulakan. Giliran aku orang yang ke-13 untuk ditemuduga daripada 35 orang yang hadir. Aku sempat menjeling penemuduga yang akan menemuduga aku. Kedua-duanya lelaki. Nampak macam serius orangnya. Bak..buk...bak...buk... hati berdebar menunggu saat ditemuduga.

Jam 8.30 pagi calon pertama dipanggil. Masing2 sibuk menghafal menteri itu dan menteri ini, manalah tau kalau-kalau hafalan tuh tersangkut dengan soalan yang akan ditanya nanti. Untung2 leh jawab. Boleh tersenyum lega. Aku plaks.... tunggu dengan penuh debaran... Seorang demi seorang calon ditemuduga, setelah dihitung kira setiap calon mengambil masa selama 15 minit untuk ditemuduga. ”Ish... lamanya... apalah agaknya soalan yang akan ditanya?” persoalan yang sentiasa bermain difikiran aku. Apabila sesorang calon selesai ditemuduga, calon yang lain sibuk bertanya soalan apakah yang dipersoalkan semasa sesi temuduga tersebut. Ada kena tanya pasal menteri itu dan ini, pengarah sana dan sini dan pelbagai persoalan, yang leh aku simpulkan, penemuduga itu gemar dengan hal isu semasa.

Giliran aku semakin dekat, tak sabar rasenyer nak selesaikan temuduga ni, jam 10.00 pagi, sesi temuduga diberhentikan seketika kerana memberi laluan kepada penemuduga tersebut membasahkan tekak. ”Tunggu lagi...biler nk abis nih” ngomelku sendirian. Aku semakin bosan menunggu.....Jam 10.45 pagi, sesi temuduga disambung semula. Hujan turun dengan lebatnya. Menambahkan lagi keresahan dihati. Aku dah malas nak menghafal menteri itu dan ini yang aku hanya ingatkan adalah isu semasa sekarang. Apa ek?.. ha HINI dan kes Teoh Beng Hock... yang lain aku tak tau. Aku pasrah.....

Jam 11.45 pagi, giliranku ditemuduga. Ketuk pintu sebelum masuk, bagi salam, murahkan senyuman dan duduk dengan tertib. Penemuduga hanya senyum memandang aku. Aku memperkenalkan diri aku, pengalaman kerja aku. Sepanjang temuduga tersebut aku terasa kejap jer. Mungkin sebab sepanjang perbualan tuh disulami dengan gelak tawa aku dan penemuduga berkenaan. Mereka tidaklah seperti yang aku sangkakan. Pandai gak depa ni buat lawak...hehehe
--------------------------------------------------------------------

Jam 12.00 tghari tepat, aku selesai ditemuduga akhirnya. Leh la balik rumah ngan hati yg tenang. Lega ati aku. Cuma aku berserah, seandainya rezeki aku ader di sana... aku bersyukur... jika tidak... aku tidak akan berputus asa. Cuba..cuba dan cuba lagi...

Tentu u all nak tau per soalan isu semasa yg aku kena soal masa sesi temuduga td. Nak tau tak?... ada 3 soalan so ini soalannya :-
A. Apakah yang selalu diwar-warkan/ diperkata oleh Perdana Menteri kita?
i) Datuk Seri Najib
ii) Datuk Seri Abdullah
iii) Datuk Dr. Mahathir
Haaa.... korang cuber la jawab.. kalau korang teror la.....

Sunday 26 July 2009

QS & TENDER


Dah lamer rasenyer tak update blog nih… sorryla… banyak sangat keje dan tender yang kena disiapkan. Sampai takder masa nak tengok blog nih... baru-baru ni, satu tender telah dihantar. Kelam-kabut dibuatnya. Terasa lega sekejap sebab lepas ni ader banyak lagi tender nak disiapkan dan dihantar pada waktu yang ditetapkan.

Ada juga tender yang kena hantar serentak tarikhnya. Masa tu, macam nak pengsan rasanya. Nak buat yang mana satu? Nak tak nak kena gak buat kedua2nya, so kenala berhempas pulas. Kos beli tender bukannya sikit, harga tender tu sendiri ader yang mencecah hingga RM2,500. Belum masuk kos petrol dan tol untuk pembelian tender. Banyak duit untuk tender nih, tapi projeknya belum tentu dapat. Kalau kena harganya dengan budget klien di tambahkan dengan perbelanjaan tersurat dan tersirat, dapatlah projek. Kalau tak, bermimpilah.


Beginila hidup di dalam dunia kontraktor. Walaupun projek belum dapat, kos untuk mendapatkannya perlu ditanggung. Kalau dapat projek tuh bolehla cover balik apa yang dibelanjakan tapi kalau tak dapat... alamatnya gigit jarila..


Walau apa pun, untuk teruskan hidup nih, kiter perlu berjuang walau apapun halangan dan cabarannya. Kita perlulah mempunyai semangat yg kuat, tabah, cekal dan sabar untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran di dunia ini.

Friday 10 July 2009

CUCI MATA


Pada Ahad yang lalu 5.6.09, aku pergi la Melaka Mall yang dulu dikenali sebagai Kotamas. Pasaraya tersebut terletak berhadapan dengan Jusco di Melaka. Sajer jer jejalan ngan adik2. Mengisi masa lapang dan menghilangkan boring dihujung minggu.

Tiba jer aku kt sana, terdapat satu kumpulan berkereta ’myvi’ sedang berkumpul dan mempamerkan kereta masing-masing. Sebahagian kereta tue ader di ruang legar dalam bangunan dan sebahagian lagi di luar bangunan.

Aku pun aper lagi, mula la mengambil gambar kereta ’myvi’ yang di pamerkan. Sumenye cantik – cantik belaka. Ada pelbagai corak dan pengubahsuaian yang dilakukan oleh pemiliknya. Mereka memang kreatif. Lihatlah sendiri.....

Aku cuber untuk mendapatkan lebih banyak lagi gambar kereta yang berada di luar bangunan tetapi tak dapat sebab masa tu hari hujan. Nampaknya aku tidak bernasib baik. Kecewanye aku. Walaubagaimanapun aku tetap puas hati kerana dapat melihat dan merasakan kemeriahannya.

Ni di antara gambar keta yang dapat aku ambil.... cantikkan?..... biler la dapat keta cam gni agaknyer?...hehehehe

Tuesday 7 July 2009

TAG : EZI-SWEETWORLD

1. Nama panggilan saya: Yanna
2. Saya sedang mendengar: MHI tv3 ( terpakser la, budak opis buka daaa)
3. Kekasih saya sekarang: Si Kancil ( kereta kesayangnku )
4. Mungkin saya patut: buat tender yang lum siap nih.. dah nk kena hantar
5. Saya suka: mancing... ( dah lamer x gi mancing... huhuhu )
6. Sahabat-sahabat baik saya: Di merata tempat.....
7. Saya tak faham: Situasi dunia politik sekarang... ( isk..isk... malas nk pk )
8. Kerjaya saya sekarang: Kira tender, ukur bangunan dan bla..bla..bla..
9. Saya baru kehilangan: xder la...sumernya ader....
10. Ramai yang berkata saya: ni gemuk... yer ker?... memang la gemuk tapi cute... hehehe
11. Makna nama saya: yang lemah lembut... yer ker?... lu pk la sendri... heheheh
12. Di suatu tempat, seseorang sedang: sibuk wat report..( nk meeting jp lg )
13. Bila saya terjaga dari tidur: terus tgk hp...manala tau ader msg urgent!...
14. Saya paling meluat bila: orang yang tak boleh tengok org lain lebih dari dia... menyampah!!
15. Saya rasa haiwan yang paling comel adalah: arnab!..tpi takut nk pegang...huhuhu
16. Aktiviti/program hari ini: apa lagi... wat tender la... huhuhu
17. Malam ini saya akan: berinternet....
18. Esok saya akan: kerjala.... apa lagi..
19. Sebelum tidur saya akan: tengok tv sehingga tv tengok aku.. hehehehe
20. Perancangan hujung minggu: Jahit baju... lalalalala
21. Saya sedang menanti: masa lapang untuk gi mancing... ( dh ketagih dh nih )
22. Saya rasa kesal bila: Pengorbanan aku tak dihargai... cam sia-sia jer..
23. Saya sangat berharap bila: dapat hidup senang, happy dan bahagia cam orang lain...
24. Saya rasa saya seorang yang: penyimpan perasaan sesorang...
25. Telefon bimbit saya: sony ericsson K510i
26. Saya sedang merindui: saat2 kebahagiaan....
27.Umur saya sekarang: 29 tahun tapi orang kata 26..(haha...ini kisah benar tau!).
28. Pengalaman pahit untuk minggu ini: dapat jait baju skit jer....huhuhu
29. Pengalaman manis untuk minggu ini: dapat bergelak tawa ngan adik2...
30. Kali terakhir tengok wayang: minggu lepas ( citer transformers 2 ) x best..:(
31. Dalam seminggu saya akan up-date blog sebanyak: tak tentu... sempat edit klu x sempat x editla...huhuhu
32. Dalam dompet saya ada wang sebanyak: RM 100 jer... sampai hujung bulan ni... cedihnya...huhuhuh
33. Kali terakhir menonton televisyen: semalam.... tengok sampai tertido...hehehe
34. Channel TV kesukaan saya: aper2 jer janji citer tu best...
35. Orang yang anda rasa nak tag: sesaper jer...

Sunday 5 July 2009

FILEM OH! FILEM



Dalam minggu ni aku memang sibuk. Banyak keje yang aku perlu uruskan. Ader yang nak urgent ader plak nak bebila jer. Klu tak di ikutkan... alamatnya kena ceramah lah aku..hehehehe... tpi dlm kesibukkan... hati dan minda aku tak tenteram. Tak sabar nak tengok filem Terminator Salvation dan Transformers : Revenge Of The Fallen untuk menenangkan fikiran aku yg dah berserabut nih.


Kedua-dua filem tue memang aku nantikan. Walaupun filem tersebut telah lama berada di pawagam, masih belum terlambat untuk aku memberikan sedikit sebanyak komen setelah aku menonton filem berkenaan.


Terminator Salvation – bagi pendapat aku, TS kali ini tidaklah sehebat siri yang terdahulu. Pada permulaan cerita hinggalah pertengahan cerita, memang tidak dapat aku nafikan, ianya memang menarik dengan aksi-aksi yang mendebarkan yang boleh membuatkan aku tidak senang duduk dibuatnya akan tetapi bila masuk pertengahan filem hinggalah ke akhir cerita, cerita TS semakin lama semakin membosankan. Ntah kenapa cerita kali ini tidak dapat memuaskan hati aku.


Transformers : Revenge Of The Fallen – filem yang pertama dulu memang aku minat giler, sampaikan aku tengok kat panggung 3x, beli dvd lagi sebab leh tengok berulang kali tapi filem kali ni aku tengok sekali jer. Takder hati nak tengok lagi. Ceritanya dah merepek dan melalut. Banyak plaks robot yang di tonjolkan kali ni. Terasa semak rasanya. Pendek kata filem kali ni tidak menepati citarasa aku...

Thursday 2 July 2009

PROJEK SELESAI

Akhirnya projek di Johor siap juga. Walaupun banyak sangat halangan dan dugaannya. Aku dah letih nak ulang alik untuk projek nih. Ini adalah kerja-kerja pengukuran kerja tambahan bersama pihak klien untuk mengesahkan kuantiti yang aku claim sama seperti kat site tuh.


Ini adalah salah satu kerja yang pihak kami siapkan iaitu pemasangan bumbung polycarbonate untuk masjid di kawasan berkenaan. Bumbung ni dah 3 kali di perbaiki kerana sebahagian kepingan polycarbonate tersebut tercabut diterbangkan ribut semasa tempoh projek.


Tak kira hujan yang turun, kerja tetap kerja. Kami tetap meneruskan pengukuran kami walaupun pada tika itu hujan turun renyai2 tanpa menunjukan sebarang tanda untuk berhenti.


Cuaca panas terik pun, pengukuran tetap dijalankan. Jauh juga berjalan untuk mengambil keluasan premix yang kami buat. Banyak gak lah peluh yg kluar. Dapatlah aku turunkan berat badan aku yang sememangnya dah berat... hehehe.....


* harap lepas nih boss janganla amik projek jejauh... penat ar...

Friday 26 June 2009

EYE ON M'SIA - MELAKA


Dah lama aku ingin melihat panorama Melaka pada waktu malam dengan menaiki Eye On Malaysia nih. Akhirnya, hasrat yang lama yang terpendam tertunai jua. Walaupun pada ketika itu, ramai orang beratur menunggu giliran, aku tetap bersabar menanti demi Eye On M'sia (EOM).


Macamnilah bentuk tiketnya. Harga orang dewasa RM10.00/person. Kalau student leh bawak kad pelajar skali dan leh dapat diskaun dan dikenakan tiket RM8.00/student. So bolehla bawak reramai naik EOM nih. Bukan saje EOM yang ader, ader pelbagai gerai kt sni, leh beli cenderahati untuk kengkawan ader juga games paint ball kt sni. Leh la join skali.



Dalam satu box tuh, leh naik 6 org maximum. Dari situ yezzzza dapatlah melihat panorama Melaka pada waktu malam hari. Bandar melaka yang dipenuhi dengan lampu berwarna-warni yang cukup mempersonakan. Yezzzza nak amik gambar bandar Melaka waktu tu tpi x leh plaks sbb flash camera terpantul semula bila terkena cermin box tuh.

Satu kenangan yang tidak akan dilupakan. satu pengalaman yang ckup menarik. sekurang-kurangnya hajat dihati telah tertunai.

Tuesday 16 June 2009

MEMBENCI POLIGAMI




Poligami sememangnya boleh menimbulkan kontroversi yang hebat seandainya tidak ditangani dengan berkesan. Justeru, dalam mengatasi permasalahan ini, kebijaksanaan para suami memainkan faktor penting dalam melayari kebahagiaan rumah tangga yang dibina.“Sememangnya Islam membolehkan poligami.


Hal ini dijelaskanoleh Allah SWT dalam surah An-Nisa ayat tiga yang bermaksud, “Kahwinilah wanita-wanita di kalangan kamu dua, tiga atau empat,tetapi sekiranya kamu takut tidak dapat berlaku adil, maka cukuplah dengan satu.”Jadi dari situ kita lihat terdapat keharusan untuk berpoligami bagi kaum lelaki. Sungguhpun dibolehkan ia tidaklah dibuka dengan seluas-luasnya.


Dibolehkan itu pula bergantung kepada sebab-sebab tertentu misalnya masalah isteri mandul, isteri gagal berfungsi dengan sempurna untuk melayan suami, suami ingin mendapat lebih ramai anak, ataupun suami sendiri mempunyai keinginan nafsu yang berlipat ganda sehingga kalaulah dengan seorang isteri itu boleh membawa dirinya ke arah penzinaan maka di situ ada keharusannya.


Bagaimanapun dalam berpoligami ini dituntut keadilan. Keadilan yang dimaksudkan ialah keadilan dari sudut zahiriah dan batiniah. Bagaimanapun keadilan dari segi perasaan tidak diambil kira. Ini dijelaskan sendiri oleh Rasulullah SAW yang menyebut, “bahawa memang kamu tidak boleh berlaku adil dalam masalahmembahagi kasih sayang, walaupun kamu mencuba sedaya upaya kamu.”


Maklumlah masalah hati dan perasaan ini sememangnya suatu perkara yang sukar untuk ditangani. Namun demikian Rasulullah SAW mengingatkan agar dicuba seboleh mungkin untuk menampakkan keadilan.Justeru dalam masalah poligami ini, walaupun ianya hak kaum lelaki namun ia bukanlah hak mutlak mereka kerana sejak dari zaman Rasulullah SAW lagi sehinggalah ke hari ini, sekiranya dengan perlaksanaan poligami itu boleh menimbulkan kekecohan dalam rumah tangga atau menyebabkan anak-anak terbiar misalnya, maka dengan sendirinya keharusan itu terbatal.


Kalaulah si suami benar-benar ingin berpoligami maka ia perlu mencari jalan yang boleh mengawal isteri-isteri dan anak-anak.Malangnya, apa yang berlaku hari ini, ramai suami yang tidak dapat melaksanakan tanggungjawab dengan adil terhadap isteri-isteri mereka. Walaupun dibenarkan suami bernikah di luar pengetahuan isteri pertama, dimana suami boleh bertindak merahsiakan pernikahannya.


Namun demi menjaga kerukunan rumah tangga adalah lebih baik sekiranya isteri mengetahui tindakan suami kerana mereka juga sebenarnya mempunyai hak terhadap suami.Cuba bayangkan perasaan seorang isteri apabila mengetahui wujudnya orang ketiga setelah sekian lama dirahsiakan. Tentulah lain jadinya berbanding jika si isteri diberitahu sendiri oleh suaminya, maka sudah tentu dia lebih bersedia walaupun pada peringkat awalnya agak sukar menerima keadaan.


Isu isteri mengamuk atau tidak membenarkan ini sebenarnya bergantung kepada kebijaksanaan suami. Jika dia bijak berkomunikasi dengan isteri, sudah tentu pihak isteri akan berlembut. Tetapi bila isteri menolak dan membenci poligami, ianya bermakna isteri derhaka kepada suami dan menolak hukum Allah.Sebenarnya jika pihak suami ikhlas dan bijak menangani keadaan, si isteri bukan sahaja memberi kebenaran untuk suami bernikah tetapi sanggup pula mencarikan calonnya.


Namun apa yang berlaku kini sehinggakan isteri membantah keputusan suami untuk berpoligami ialah sikap suami yang cuba melarikan diri daripada tekanan hidupnya dan seolah-olah ingin mencari keseronokan lain.Wanita yang dimadukan ini pula perlu mengetahui hak mereka. Dalam Islam, wanita yang dirinya diabaikan boleh membuat aduan kepada pihak yang berwajib, seperti mahkamah syariah atau qadhi, untuk menuntut keadilan dari segi nafkah, giliran dan segala yang berkaitan dengan haknya.


Pihak isteri, tidak kira isteri keberapa, sekiranya menghadapi masalah perlu cepat membuat aduan berdasarkan saluran yang sah dan bukannya menceritakan kepada jiran atau pihak lain kerana ini bukan sahaja tidak dapat membantu menyelesaikan masalah bahkan memburukkan lagi keadaan. Jika isteri tidak pernah mengetahui haknya sebelum ini maka segeralah berjumpa pihak qadhi atau lain-lain yang berpengetahuan untuk bertindak.


Ambil tindakan yang bijak dan bukannya dengan jalan yang tidak rasional.Sekiranya setelah pengaduan dibuat, tetapi masih tidak mendapat perhatian daripada pihak suami maka wanita yang dizalimi ini boleh mengambil jalan keluar yang terakhir iaitu memohon fasakh atau tebus talak di mahkamah. Justeru itu pihak suami yang ingin melaksanakan poligami perlu menambah ilmu dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah. Fahami selok belok berpoligami seperti yang diamalkan oleh Rasulullah.


Biarlah orang yang ingin dijadikan isteri itu benar-benar orang yang ingin dibela. Banyak berlaku di kalangan suami yang kononnya ingin membela nasib wanita, tetapi memilih anak gadis yang berumur 17 tahun, walaupun tak salah. Tentulah lari daripada konsep pembelaan. Rasulullah SAW dalam konteks membela kaum wanita, baginda mengahwini wanita-wanita yang janda dan sudah berumur bahkan ada yang sudah putus haidnya.


Janganlah poligami itu sahaja mengikut sunnah Rasul sedangkan pengamalannya tidak mengikut sunnah. Rasulullah sendiri sewaktu memperisterikan Khadijah tidak sekali-kali melakukan poligami. Baginda menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh Khadijah. Setelah kematian Khadijah dan baginda berkahwin dengan Aisyah barulah baginda melaksanakan poligami berdasarkan wahyu Allah SWT.


Justeru pihak suami perlu berpada-pada dengan apa yang ada dan jika ada keinginan untuk berpoligami seharusnya menilai diri samada boleh mengikut anjuran Rasulullah atau sebaliknya. Poligami ini jelas merupakan satu keharusan dalam Islam. Bagaimanapun para suami yang berkeinginan untuk berpoligami perlu meneliti dahulu apakah diri mereka layak untuk melaksanakannya supaya tidak berlaku keretakan atau keruntuhan rumah tangga yang telah sedia dibina.


Apa yang penting ialah para suami perlu bijak menangani masalah rumah tangga, bersikap tegas dan berkeupayaan dalam menjalankan tugas seorang suami. Jangan pula pihak suami yang berpoligami ada niat untuk menumpang kekukuhan ekonomi pihak isteri kedua atau seterusnya, sudah tentu tidak kena caranya. Para isteri janganlah melawan hukum Allah yang membolehkan poligami bagi lelaki yang mampu melaksanakannya. Jadilah wanita solehah yang memahami keadaan suami dan memahami hukum Allah agar terlepas dari seksa Allah SWT.

Sunday 24 May 2009

MELAYU LUPA LAGI..




Pemerintah yang mengikut telunjuk orang lain bukan bebas lagi. Pemerintah yang menjadi pemerintah melalui rasuah akan benar diri mereka disogok kerana perlu mendapat kewangan yang cukup untuk membeli sokongan lagi supaya kedudukan mereka sebagai pemerintah akan kekal.



Untuk mendapat sogokan yang cukup mereka akan sanggup ikut arahan penyogok. Dengan perkataan lain mereka akan jadi alat pada penyogok. Kepentingan penyogok tidak sama dengan kepentingan kita, atau kepentingan bangsa dan negara.



Kita sudah lihat hanya kerana hendak kekal sebagai pemerintah, ada yang sanggup layan apa sahaja arahan, tuntutan, desakan oleh pihak yang menentukan jawatan bagi kita. Kalau pun apa yang dituntut merugikan orang Melayu, itu tidak mengapa asalkan kita dapat jawatan, walaupun sebagai “figurehead”, patung sahaja, tidak berkuasa pun.



Jika kita terjemah keadaan ini kepada jawatan yang didapati kerana disogok apakah yang tidak sanggup kita buat? Jual bangsa, jual negara pun kita sanggup. Apabila kita sudah jual bangsa dan negara apakah kita merdeka lagi? Sudah tentu tidak.



Justeru itu tidak benar kepercayaan kita bahawa sekali merdeka selama-lamanya merdeka. Pada permukaannya kita merdeka tetapi pada hakikatnya kita sudah kembali dijajah. Apabila kita kembali dijajah maka kita sudah khianati pejuang-pejuang kemerdekaan kita dahulu. Itulah kenyataan yang sebenar.



Melayu mudah lupa. Kata seorang ahli falsafah; “Mereka yang lupa akan sejarah mereka akan didera dengan mengulangi kesalahan mereka berkali-kali”. Inilah hasil daripada mudah lupa. Kita lupa bahkan kita tidak suka diperingati akan sejarah kita. Apa kena-mengena peristiwa 50 tahun dahulu?



Apa kena-mengena dengan kita akan kemiskinan Melayu, dengan kedaifan mereka dalam bidang ilmu dan profesyen di masa dahulu? Itu dahulu, ini sekarang. Sudah tentu sejarah penjajahan kita dahulu tidak ada kena mengena dengan keadaan kita sekarang. Tidak ada pelajaran yang akan kita dapati daripada sejarah 100, 500 tahun dahulu. Itu semua cerita dongeng.


Apa yang kita lakukan sekarang, kita lakukan kerana kita sudah merdeka dan selamat. Buatlah apa pun kita tetap selamat, tetap merdeka. Jadi penagih dadah, jadi pelepak, jadi “Mat Rempit”, jadi penjenayah pun tak mengapa.



Bukankah kita yang memilih dan membentuk Kerajaan? Kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap kita. Jika kerana amalan buruk kita, sesuatu yang tidak baik menimpa kita, bukankah menjadi tanggungjawab Kerajaan pilihan kita untuk menyelamatkan kita?



Jika kita diserang orang bukankah menjadi tanggungjawab Kerajaan yang kita pilih untuk menangkis serangan ini?



Jika kerana Kerajaan yang kita pilih terdiri daripada orang yang sogok duit pada kita dan mereka pula disogok oleh orang lain dan mereka berasa lebih terikat kepada yang menyogok mereka dan kurang bertanggungjawab kepada kita kerana sokongan kita mereka dapati kerana kita terima sogokan, apakah yang dapat kita buat?



Tak banyak. Hanya menerima sahaja..



SEBAHAGIAN UCAPAN OLEH YABHG TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD DI PERHIMPUNAN DAN SIDANG KEMUNCAK PRIBUMI PERKASA NEGARA DI KOMPLEKS SUKAN TNB, JALAN BANGSAR,KUALA LUMPUR

Sunday 17 May 2009

DUN PERAK



Maaf, saya terpaksa membetulkan fakta Datuk mengenai keadaan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tempoh hari.Sebagai salah seorang pekerja sebuah akhbar arus perdana, saya dilatih untuk sentiasa objektif dalam membuat setiap liputan.



Melaporkan yang benar, tepat namun seperti yang Datuk maklumi, bahan perlu mencapai matlamat yang dimahukan pengarang2 di ibu pejabat atau ketua biro. Saya bertuah kerana berpeluang berada di DUN Perak bagi membuat liputan kekecohan yang sememangnya diduga semua pihak itu.



Datuk,Sangat tidak tepat BENTARA dijadikan sandaran punca polis dibawa masuk. Sepanjang pemerhatian saya, sebelum kekecohan tercetus, Bentara DUN Perak merupakan pihak yang paling tidak profesional. Mereka bertindak bukan berdasarkan arahan Speaker mahupun Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri tetapi hakikatnya, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim.



Hampir sepanjang tempoh sehingga kira-kira selepas DUN berhenti berehat, Datuk SUK Perak bermundar-mandir beriya-iya mengarahkan Bentara hatta mendesak Abdullah Antong Sabri. Bagi saya yang menyaksikan dengan mata kepala sendiri, Bentara yang sepatutnya bertuankan Speaker di DUN sebaliknya terpaksa taat kepada Datuk SUK yang kami pengamal media di Perak, tahu betapa bias dan tidak profesional sebagai penjawat awam.



2) Polis bukan terpaksa dipanggil masuk tetapi telah bersedia dengan pakaian preman di luar DUN. Kelibat polis hakikatnya digunakan untuk mengusung Sivakumar keluar dari DUN bagi membolehkan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah memulakan titah perasmian.
Kekecohan yang berlaku kira-kira jam 2.40 petang hanya dijadikan sebab untuk khidmat polis kononnya terpaksa dikerah sedangkan ia tidak sepatutnya berlaku begitu.



Saya dan rakan-rakan media sangat terkejut dengan perkembangan itu bahkan ramai yang menggelengkan kepala, mengapa begitu ramai `orang yang tidak berkenaan' masuk dan mencampuri persidangan?
Justifikasi tindakan itu, Speaker baru kononnya mempunyai hak berbuat demikian berdasarkan Fasal 90, Peraturan Mesyuarat.



Speaker baru, Datuk R. Ganesan boleh berbuat demikian (memanggil polis) tetapi apa yang berlaku, bekas ADUN Sungkai itu tidak memanggil pun polis seperti termaktub dalam peraturan itu. Sumpah Datuk....gerombolan polis bersama dua pegawai yang salah seorangnya berpangkat Supritendan merempuh masuk dan bermula pada saat itu, polis menguasai DUN Perak.



Apa kejadah begitu? Sumpah Datuk, inilah antara salah satu liputan yang saya rasa sangat jelek untuk dihasilkan beritanya! Saya sentiasa cuba bersikap profesional dan bertanggungjawab dalam tugas, tetapi kejadian membawa masuk puluhan polis ke dalam Dewan yang dianggap mulia apatah lagi ia tidak perlu dilakukan, sangat mendukacitakan.



Kepada parti pemerintah, saya yakin kalian boleh tawan Perak semula jika berlaku pilihan raya kecil negeri. Apa mahu takut, bubar sahaja DUN Perak dan bagi saya..itulah cara terbaik menyelesaikan kemelut yang akan terus berpanjangan ini!



11:10 PM –PETIKAN DARI KOMEN WARTAWAN MUDA DALAM BLOG A.KADIR JASIN

Saturday 16 May 2009

MUKA TAK MALU ?




Ramai yang terkejut dengan apa yang telah berlaku awal minggu ini. Mula-mula DS Nizar diumumkan sebagai Menteri Besar yang sah di Mahkamah Tinggi. Tuan Hakim menyebut bahawa DS Nizar tidak pernah tidak menjadi Menteri Besar semenjak perlantikan beliau pada bulan Mac tahun lepas. Ini bermakna bahawa semenjak Februari tahun ini apabila rompakan kuasa dilakukan oleh BN, DS Zambri merupakan Menteri Besar Haram. Sijil haramnya disahkan oleh mahkamah tinggi!


Zambri telah menjawat jawatan MB secara tidak sah, berlagak sebagai MB sedangkan beliau tidak mempunyai apa-apa hak untuk mengisi jawatan tersebut.Sepatutnya Zambri merasa malu dengan keputusan itu dan bersegera untuk meyerahkan balek jawatan yang dia tidak layak memegang itu. Malangnya sesuai dengan gelaran di atas, beliau bertindak untuk menyekat dan menangguh perlaksanaan keputusan mahkamah tersebut dengan mendapatkan ‘stay order’ dari mahkamah rayuan.


‘Stay order’ ini tidak bermakna bahawa keputusan Mahkamah Tinggi tersebut ditolak atau diterbalekkan. Ia hanya menunda perlaksanaan keputusan mahkamah tersebut. Ertinya, mahkamah rayuan tidak menolak keputusan mahkamah tinggi. DS Nizar diakui MB yang sah. Hanya tak boleh lagi diberikan kembali jawatan MB kepadanya kerana ada ‘stay order’. Oleh itu, dakwaan bahawa Zambri kembali sebagai MB yang sah adalah satu dakwaan yang palsu dan memalukan. Bagi mereka yang tahu malu.


Tidak puas dengan menyamar sebagai MB selama 3 bulan lebih, Zambri berjaya melanjutkan lagi tempoh untuk dirinya terus menyamar. Muka tak malu sungguh! Sekiranya nak tunggu tarikh perbicaraan di mahkamah rayuan untuk menolak keputusan mahkamah tinggi sekalipun, sepatutnya Zambri mengakui buat masa ini DS Nizar lebih berhak ke atas jawatan tersebut. Zambri sepatutnya meminta maaf kepada rakyat Perak kerana menipu mereka selama ini, serahkan jawatan balek ke DS Nizar dan terus berkhidmat sebagai ADUN biasa sehingga tarikh perbicaraan di mahkamah rayuan.Namun apakan daya.


Teringin sangat beliau kepada jawatan tersebut walaupun diputuskan beliau tidak berhak. Mungkin dianggap rakyat bodoh dan tak faham. Malah beliau dengan begitu bangga kembali sebagai MB Haram sambil mendabik dada menyamakan dirinya sebagai pejuang seperti Gandhi dan Mandela! Rakyat benar-benar dianggap bodoh oleh gerombolan ini! Gandhi dan Mandela berjuang untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak diredhai rakyat. Mungkin DS Zambri tak sedar, kerajaan yang TIDAK diredhai rakyat di Perak adalah kerajaan BN! Mereka masih anggap rakyat bodoh. Namun rakyat nampak siapa sebenarnya yang bodoh!


Bukti mereka tahu bahawa BN tidak diredhai jelas dari sikap mereka yang begitu takut untuk membubar DUN Perak. Malahan, tanpa segan silu, seorang lagi ahli kumpulan yang tak tahu malu, Tun Mahathir mengeluarkan kenyataan mendesak BN supaya jangan membubar DUN kerana kalau dibubar dan diundi semula, BN pasti akan kalah! Tahu pun! Kalau dah tahu dan dah sedar, insaf ajelah. Ini, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong siapa suruh? Apa dah nak jadi kepada Malaysia ini? MB muka tak malu, PM muka tak malu (kes Mongolia) dan mantan PM yang juga muka tak malu! Mereka satu kapal. Semoga karam bersama! WaLlahu 'Alam.


KHALID SAMAD
-PETIKAN DARI BLOG MANJUNG MARI

Thursday 14 May 2009

AKU TERGODA..




"Aku Tidak Senang Duduk". Sesetengah wanita biasanya akan menunjukkan petanda awal yang tidak begitu jelas dan kemudian mengharapkan anda untuk mengambil alih peranan seterusnya. Jika anda berjaya mengesan petanda ini, hanya sedikit usaha mampu membuahkan hasil kerana ‘pintu’nya telah terbuka untuk anda. Biasanya tanda-tanda awal ini ditunjukkan dengan berjalan mundar-mandir di belakang anda atau tidak sengaja terlanggar bahu sambil menjeling manja. Walaupun dia sekadar mengatakan ‘Maaf!’, itu adalah petanda yang perlu diberi tindakan segera.





"Aku Tunjuk Minat". Sewaktu berbicara dengannya, walaupun anda memperkatakan hal tidak munasabah, dia masih memberi komen membina. Setiap isu yang anda timbulkan mendapat sokongan daripadanya. Sama ada anda memang pandai berbicara atau dia menaruh minat mendalam terhadap anda. Lebih jelas lagi jika dia memainkan rambut sambil tersenyum manja setiap kali berbicara. Jika anda kurang yakin dengan maksud tersirat yang cuba disampaikan, dapatkan pandangan rakan yang ada bersama anda.






"Aku perkenalkan Kepada Rakanku". Bermakna anda telah diterima masuk dalam kehidupannya. Salah satu sebab anda diperkenalkan adalah untuk memberitahu rakan-rakannya: ‘Ini aku punya’, dan satu lagi sebab ialah untuk mereka menilai diri anda. Jadi pastikan anda turut mengambil hati rakan-rakannya, namun jangan sampai dia cemburu.







"Aku Men'jual' Diriku". Jika percakapan atau gerak lakunya menunjukkan seperti dia sedang mempromosikan aset dan kelebihannya, bermakna anda sedang diberi petunjuk jelas olehnya. Secara tidak langsung dia ingin membuatkan anda terasa yang dirinya berbaloi untuk dimiliki.






"Aku Bersikap Terbuka". Biasanya wanita tidak akan mendedahkan terlalu banyak maklumat tentang peribadinya. Hanya jika dia betul-betul berminat dan percayakan anda barulah segalanya akan diceritakan. Anggaplah ia sebagai petunjuk utama tentang keinginannya, terutama jika perihal jenama pakaian dalamnya juga turut diceritakan. WOW!








"Aku Membayangi Mu". Bukan membayangi seperti mengatasi diri anda, t etapi menjadi seperti bayang-bayang anda. Ke mana sahaja anda pergi, pasti dia akan mengikuti anda. Dia juga menunjukkan minat mendalam terhadap percakapan anda walaupun tiada kena mengena dengan dirinya. Dia sebenarnya sedang lemas dengan keinginannya untuk mendampingi anda. Berikan dia ruang untuk menunjukkan kemahuannya agar tidak ‘lemas’ lagi.






"Aku ajak mu Ke Tempat Lain...". Dia ingin meluangkan masa yang lebih privasi bersama anda. Mungkin untuk berkenalan dengan lebih lanjut atau untuk meluahkan perasaannya terhadap anda. Kata-kata manis dan bicara anda bukan lagi soal utama baginya. Anda menjadi pilihan utama sebagai teman lelaki baginya..

Friday 8 May 2009

BUJANG TIGA

Bagaimana untuk memastikan boyfriend anda itu bukan suami orang. Memang tidak mudah hendak mengetahui kehidupan sesorang lelaki tapi awas, kekadang anda bertemankan suami orang. Apakah Tanda Lelaki Itu Suami Orang..?




Bila berbual dengan anda matanya tidak memandang wajah atau muka anda kerana takut pembohongannya dikesan DAN Ketika sedang berjalan-jalan dengan anda matanya liar memerhatikan sekeliling kerana dia khuatir terserempak dengan rakan-rakan isterinya atau saudara mara.




Jarang mengajak anda makan di tempat terbuka untuk menjaga line dengan makan di tempat-tempat yang sulit dan tersembunyi DAN Sukar untuk menghubungi telefon bimbitnya kerana sering tidak dapat dihubungi kerana sebenarnya dia menggunakan 2 atau 3 talian (sim card) dan anda hanya mempunyai nombor talian yang dikhaskan untuk menggatal.




Sama sekali tidak akan mengajak anda datang ke rumahnya untuk bertemu kedua orang tuanya DAN Dalam keretanya ada tanda-tanda kehadiran budak kecil seperti anak patung, high hells, selipar, puting ataupun tompok-tompok berbau susu di kusyen kereta.




Bila bersembang tentang rahsia wanita, pengetahuannya luar biasa kerana dia sendiri pernah tinggal serumah, sebilik dan sekatil dengan wanita DAN Tahap kemiangan dan kegatalannya melampau, mungkin kerana terlalu di kongkong oleh isterinya. Bila memandang tubuh anda, matanya menakutkan, seperti X-RAY (tafsir sampai ke dalam kata orang tua).



Perutnya buncit atau boroi kerana makan dan minumnya dijaga oleh isteri mithali yang baik dan setia di rumah DAN Bila telefon bimbitnya berbunyi, dia akan pergi ke tempat yang agak jauh dari anda untuk menjawabnya atau jika di dalam kereta dia akan membiarkan telefon berbunyi tanpa menjawabnya selepas melihat nombor yang terpapar di screen kerana yang menelefonnya adalah isterinya..



Tapi lelaki bujang sekarang ramai di Penjara dan Serenti berbanding di Universiti. Lelaki yang baik cepat di sambar orang, barang yang baik tentu la menjadi rebutan. Jikalau dah puas mencari tapi tak berjumpa bujang sesuai dan hati lak dah berkenan pada si Abang Bujang Tiga..