Friday 8 May 2009

BUJANG TIGA

Bagaimana untuk memastikan boyfriend anda itu bukan suami orang. Memang tidak mudah hendak mengetahui kehidupan sesorang lelaki tapi awas, kekadang anda bertemankan suami orang. Apakah Tanda Lelaki Itu Suami Orang..?




Bila berbual dengan anda matanya tidak memandang wajah atau muka anda kerana takut pembohongannya dikesan DAN Ketika sedang berjalan-jalan dengan anda matanya liar memerhatikan sekeliling kerana dia khuatir terserempak dengan rakan-rakan isterinya atau saudara mara.




Jarang mengajak anda makan di tempat terbuka untuk menjaga line dengan makan di tempat-tempat yang sulit dan tersembunyi DAN Sukar untuk menghubungi telefon bimbitnya kerana sering tidak dapat dihubungi kerana sebenarnya dia menggunakan 2 atau 3 talian (sim card) dan anda hanya mempunyai nombor talian yang dikhaskan untuk menggatal.




Sama sekali tidak akan mengajak anda datang ke rumahnya untuk bertemu kedua orang tuanya DAN Dalam keretanya ada tanda-tanda kehadiran budak kecil seperti anak patung, high hells, selipar, puting ataupun tompok-tompok berbau susu di kusyen kereta.




Bila bersembang tentang rahsia wanita, pengetahuannya luar biasa kerana dia sendiri pernah tinggal serumah, sebilik dan sekatil dengan wanita DAN Tahap kemiangan dan kegatalannya melampau, mungkin kerana terlalu di kongkong oleh isterinya. Bila memandang tubuh anda, matanya menakutkan, seperti X-RAY (tafsir sampai ke dalam kata orang tua).



Perutnya buncit atau boroi kerana makan dan minumnya dijaga oleh isteri mithali yang baik dan setia di rumah DAN Bila telefon bimbitnya berbunyi, dia akan pergi ke tempat yang agak jauh dari anda untuk menjawabnya atau jika di dalam kereta dia akan membiarkan telefon berbunyi tanpa menjawabnya selepas melihat nombor yang terpapar di screen kerana yang menelefonnya adalah isterinya..



Tapi lelaki bujang sekarang ramai di Penjara dan Serenti berbanding di Universiti. Lelaki yang baik cepat di sambar orang, barang yang baik tentu la menjadi rebutan. Jikalau dah puas mencari tapi tak berjumpa bujang sesuai dan hati lak dah berkenan pada si Abang Bujang Tiga..

2 comments:

Nazeri Harun said...

Salam...
*Bukan semua lelaki bujang 3menjadi pemburu wanita.
*Tergoda dan digoda pada/oleh Bujang 3 masih dikira OK. Yang tak OK jika melibatkan BINI orang.

El_Liyana said...

yezzzza stuju dengan pendapat en nazeri harun tuh...

bukan sumer lelaki berperangai cam tuh.. tpi kebanyakkan lelaki yg yezzzza kenal begitulah perangainyer...