Showing posts with label KARAM. Show all posts
Showing posts with label KARAM. Show all posts

Sunday, 17 May 2009

DUN PERAK



Maaf, saya terpaksa membetulkan fakta Datuk mengenai keadaan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tempoh hari.Sebagai salah seorang pekerja sebuah akhbar arus perdana, saya dilatih untuk sentiasa objektif dalam membuat setiap liputan.



Melaporkan yang benar, tepat namun seperti yang Datuk maklumi, bahan perlu mencapai matlamat yang dimahukan pengarang2 di ibu pejabat atau ketua biro. Saya bertuah kerana berpeluang berada di DUN Perak bagi membuat liputan kekecohan yang sememangnya diduga semua pihak itu.



Datuk,Sangat tidak tepat BENTARA dijadikan sandaran punca polis dibawa masuk. Sepanjang pemerhatian saya, sebelum kekecohan tercetus, Bentara DUN Perak merupakan pihak yang paling tidak profesional. Mereka bertindak bukan berdasarkan arahan Speaker mahupun Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri tetapi hakikatnya, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim.



Hampir sepanjang tempoh sehingga kira-kira selepas DUN berhenti berehat, Datuk SUK Perak bermundar-mandir beriya-iya mengarahkan Bentara hatta mendesak Abdullah Antong Sabri. Bagi saya yang menyaksikan dengan mata kepala sendiri, Bentara yang sepatutnya bertuankan Speaker di DUN sebaliknya terpaksa taat kepada Datuk SUK yang kami pengamal media di Perak, tahu betapa bias dan tidak profesional sebagai penjawat awam.



2) Polis bukan terpaksa dipanggil masuk tetapi telah bersedia dengan pakaian preman di luar DUN. Kelibat polis hakikatnya digunakan untuk mengusung Sivakumar keluar dari DUN bagi membolehkan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah memulakan titah perasmian.
Kekecohan yang berlaku kira-kira jam 2.40 petang hanya dijadikan sebab untuk khidmat polis kononnya terpaksa dikerah sedangkan ia tidak sepatutnya berlaku begitu.



Saya dan rakan-rakan media sangat terkejut dengan perkembangan itu bahkan ramai yang menggelengkan kepala, mengapa begitu ramai `orang yang tidak berkenaan' masuk dan mencampuri persidangan?
Justifikasi tindakan itu, Speaker baru kononnya mempunyai hak berbuat demikian berdasarkan Fasal 90, Peraturan Mesyuarat.



Speaker baru, Datuk R. Ganesan boleh berbuat demikian (memanggil polis) tetapi apa yang berlaku, bekas ADUN Sungkai itu tidak memanggil pun polis seperti termaktub dalam peraturan itu. Sumpah Datuk....gerombolan polis bersama dua pegawai yang salah seorangnya berpangkat Supritendan merempuh masuk dan bermula pada saat itu, polis menguasai DUN Perak.



Apa kejadah begitu? Sumpah Datuk, inilah antara salah satu liputan yang saya rasa sangat jelek untuk dihasilkan beritanya! Saya sentiasa cuba bersikap profesional dan bertanggungjawab dalam tugas, tetapi kejadian membawa masuk puluhan polis ke dalam Dewan yang dianggap mulia apatah lagi ia tidak perlu dilakukan, sangat mendukacitakan.



Kepada parti pemerintah, saya yakin kalian boleh tawan Perak semula jika berlaku pilihan raya kecil negeri. Apa mahu takut, bubar sahaja DUN Perak dan bagi saya..itulah cara terbaik menyelesaikan kemelut yang akan terus berpanjangan ini!



11:10 PM –PETIKAN DARI KOMEN WARTAWAN MUDA DALAM BLOG A.KADIR JASIN

Saturday, 16 May 2009

MUKA TAK MALU ?




Ramai yang terkejut dengan apa yang telah berlaku awal minggu ini. Mula-mula DS Nizar diumumkan sebagai Menteri Besar yang sah di Mahkamah Tinggi. Tuan Hakim menyebut bahawa DS Nizar tidak pernah tidak menjadi Menteri Besar semenjak perlantikan beliau pada bulan Mac tahun lepas. Ini bermakna bahawa semenjak Februari tahun ini apabila rompakan kuasa dilakukan oleh BN, DS Zambri merupakan Menteri Besar Haram. Sijil haramnya disahkan oleh mahkamah tinggi!


Zambri telah menjawat jawatan MB secara tidak sah, berlagak sebagai MB sedangkan beliau tidak mempunyai apa-apa hak untuk mengisi jawatan tersebut.Sepatutnya Zambri merasa malu dengan keputusan itu dan bersegera untuk meyerahkan balek jawatan yang dia tidak layak memegang itu. Malangnya sesuai dengan gelaran di atas, beliau bertindak untuk menyekat dan menangguh perlaksanaan keputusan mahkamah tersebut dengan mendapatkan ‘stay order’ dari mahkamah rayuan.


‘Stay order’ ini tidak bermakna bahawa keputusan Mahkamah Tinggi tersebut ditolak atau diterbalekkan. Ia hanya menunda perlaksanaan keputusan mahkamah tersebut. Ertinya, mahkamah rayuan tidak menolak keputusan mahkamah tinggi. DS Nizar diakui MB yang sah. Hanya tak boleh lagi diberikan kembali jawatan MB kepadanya kerana ada ‘stay order’. Oleh itu, dakwaan bahawa Zambri kembali sebagai MB yang sah adalah satu dakwaan yang palsu dan memalukan. Bagi mereka yang tahu malu.


Tidak puas dengan menyamar sebagai MB selama 3 bulan lebih, Zambri berjaya melanjutkan lagi tempoh untuk dirinya terus menyamar. Muka tak malu sungguh! Sekiranya nak tunggu tarikh perbicaraan di mahkamah rayuan untuk menolak keputusan mahkamah tinggi sekalipun, sepatutnya Zambri mengakui buat masa ini DS Nizar lebih berhak ke atas jawatan tersebut. Zambri sepatutnya meminta maaf kepada rakyat Perak kerana menipu mereka selama ini, serahkan jawatan balek ke DS Nizar dan terus berkhidmat sebagai ADUN biasa sehingga tarikh perbicaraan di mahkamah rayuan.Namun apakan daya.


Teringin sangat beliau kepada jawatan tersebut walaupun diputuskan beliau tidak berhak. Mungkin dianggap rakyat bodoh dan tak faham. Malah beliau dengan begitu bangga kembali sebagai MB Haram sambil mendabik dada menyamakan dirinya sebagai pejuang seperti Gandhi dan Mandela! Rakyat benar-benar dianggap bodoh oleh gerombolan ini! Gandhi dan Mandela berjuang untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak diredhai rakyat. Mungkin DS Zambri tak sedar, kerajaan yang TIDAK diredhai rakyat di Perak adalah kerajaan BN! Mereka masih anggap rakyat bodoh. Namun rakyat nampak siapa sebenarnya yang bodoh!


Bukti mereka tahu bahawa BN tidak diredhai jelas dari sikap mereka yang begitu takut untuk membubar DUN Perak. Malahan, tanpa segan silu, seorang lagi ahli kumpulan yang tak tahu malu, Tun Mahathir mengeluarkan kenyataan mendesak BN supaya jangan membubar DUN kerana kalau dibubar dan diundi semula, BN pasti akan kalah! Tahu pun! Kalau dah tahu dan dah sedar, insaf ajelah. Ini, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong siapa suruh? Apa dah nak jadi kepada Malaysia ini? MB muka tak malu, PM muka tak malu (kes Mongolia) dan mantan PM yang juga muka tak malu! Mereka satu kapal. Semoga karam bersama! WaLlahu 'Alam.


KHALID SAMAD
-PETIKAN DARI BLOG MANJUNG MARI