Saturday, 1 November 2014

DIY : JUBAH EKSPRESS BUDAK LELAKI (PART 2 : MENJAHIT)

salam semua.. maaf buat kengkawan yang menunggu sambungannya...ok kat sini yanna kongsikan cara menjahit pula.. pertama yanna buat bahagian leher dulu.. memula cam biasa kita cantum bahagian bahu... pastuh yanna potong kain lain panjangnya mengikut ukuran keliling leher dan lebarnya dalam 2" yer... seperti gambar dibawah


lebar kain 2" ni dilipat dua menjadi ukuran 1" dan dijahit untuk mencantumkannya.. jahitan kasar pun boleh... kat gambar ni tak nampak garisan jahitan plak... cuba tengok gambar kat bawah ni... :)


nampak tak ade 2 garisan jahitan benang kat lapik leher tu...:).. pastuh cantumkan lapik leher dengan leher la ye.. lihat gambar...


sampai ke hujung leher.. yanna cuma lipatkan je kain yg lebih dan dijahit skali.. cer tengok gambar..


dah siap cantum.. leh jahit tepi...


lepas jait tepi.. terbalikkan pelapik kedepan dan jahit tindih kasih plak...


dah siap bahagian leher...


pastuh leh la cantum dan jahitkan bahagian badan dan tangan baju.. kemudian jahit kelim bahagian bawah baju...


inilah hasil jubahnya... nak tengok model pakai tak?....


tadaaa.... model menggayakan jubah yang mamanya buat... dah pakai tak nak buka plak... haduiyaiiii... anak...anak...

~~ SELAMAT MENCUBA ~~

XOXO:D

4 comments:

tiga lalat said...

Salam. Hee cantik jubah ekspres budak lelaki itu.

Yanna_Lie said...

wasalam...
hehehe...mmg cantekk.. cubala buat.. senang, simple dan mudah :)

Ida Suhaimi said...

Part 1 mane

El_Liyana said...

ida suhaimi... part 1 klik link ni ye..tq

https://hanahairserumterbaik.blogspot.my/2014/09/diy-jubah-ekspress-budak-lelaki.html