Showing posts with label LELAKI. Show all posts
Showing posts with label LELAKI. Show all posts

Wednesday, 1 August 2012

OPERASI BERSAMA

wahhhh... tak beringat untuk entri kalini.... hehe... sebenarnya dah lama mak aku nak baiki longkang keliling umah nih tapi manjang jer takda masa yang sesuai... so bila dah sampai masanya... inilah hasilnya... kami adik beradik cuba sedaya upaya untuk membaikinya.. walaupun tak "pro"... dengan tunjuk ajar en suami... kami dapat membuat mak kami tersenyum... :)


sedang asyik sibuk menampal semula longkang yang dah berlubang


tampal dik... jangan tak tampal...


membancuh simen untuk membuat dinding batu-bata sekeliling longkang...


haaa... kak... apa nisbah campurannya?..... pasir bape?... simen bape?.... air bape?... hehe


landing batu-bata time... huish mak aku pun turun padang... love u la mak...


ni sessi "quality control" hehehe.... berhenti stakat nih dlu.... akan bersambung yer... longkang tak siap laei... hehe....

~~ BILA BERKERJASAMA, TERASA KESERONOKKANNYA ~~

Tuesday, 19 June 2012

KERJASAMA

cuti hujung minggu lalu di isi dengan aktiviti yang berfaedah... memang dah lama mak aku nak baiki longkang keliling rumah yang dah pecah sambungannya... harini baru dapat direalisasikannya.. dengan kepulangan aku dan en hubby... kami memulakan aktiviti ini...


adik2 aku mendapat pengalaman yang baru.. tak pernah dalam hidup mereka membuat kerja2 cam gini... dengan kehadiran en hubby, mereka dapat merasai kepenatan dan keletihan selepas ianya disiapkan..


walaupun penat, mereka telah menimba pengalaman yang tidak terhingga... err... yang kuning tuh tong racun tau... adik2 aku baiki longkang, abah aku yang meracun rumput... aku?... hehe... tolong buat air dan jadi mandor... haha.... terima kasih pada en hubby... kerana dialah adik2ku mengisi masa lapang mereka dengan berfaedah.. yang paling penting... kerja2 tersebut membuatkan emak ku begitu gembira.... :)

Friday, 8 May 2009

BUJANG TIGA

Bagaimana untuk memastikan boyfriend anda itu bukan suami orang. Memang tidak mudah hendak mengetahui kehidupan sesorang lelaki tapi awas, kekadang anda bertemankan suami orang. Apakah Tanda Lelaki Itu Suami Orang..?




Bila berbual dengan anda matanya tidak memandang wajah atau muka anda kerana takut pembohongannya dikesan DAN Ketika sedang berjalan-jalan dengan anda matanya liar memerhatikan sekeliling kerana dia khuatir terserempak dengan rakan-rakan isterinya atau saudara mara.




Jarang mengajak anda makan di tempat terbuka untuk menjaga line dengan makan di tempat-tempat yang sulit dan tersembunyi DAN Sukar untuk menghubungi telefon bimbitnya kerana sering tidak dapat dihubungi kerana sebenarnya dia menggunakan 2 atau 3 talian (sim card) dan anda hanya mempunyai nombor talian yang dikhaskan untuk menggatal.




Sama sekali tidak akan mengajak anda datang ke rumahnya untuk bertemu kedua orang tuanya DAN Dalam keretanya ada tanda-tanda kehadiran budak kecil seperti anak patung, high hells, selipar, puting ataupun tompok-tompok berbau susu di kusyen kereta.




Bila bersembang tentang rahsia wanita, pengetahuannya luar biasa kerana dia sendiri pernah tinggal serumah, sebilik dan sekatil dengan wanita DAN Tahap kemiangan dan kegatalannya melampau, mungkin kerana terlalu di kongkong oleh isterinya. Bila memandang tubuh anda, matanya menakutkan, seperti X-RAY (tafsir sampai ke dalam kata orang tua).



Perutnya buncit atau boroi kerana makan dan minumnya dijaga oleh isteri mithali yang baik dan setia di rumah DAN Bila telefon bimbitnya berbunyi, dia akan pergi ke tempat yang agak jauh dari anda untuk menjawabnya atau jika di dalam kereta dia akan membiarkan telefon berbunyi tanpa menjawabnya selepas melihat nombor yang terpapar di screen kerana yang menelefonnya adalah isterinya..



Tapi lelaki bujang sekarang ramai di Penjara dan Serenti berbanding di Universiti. Lelaki yang baik cepat di sambar orang, barang yang baik tentu la menjadi rebutan. Jikalau dah puas mencari tapi tak berjumpa bujang sesuai dan hati lak dah berkenan pada si Abang Bujang Tiga..

Thursday, 9 April 2009

CINTA LELAKI

Cinta lelaki memang pelik dan aneh tetapi unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki, yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis. Aneh apabila dia sudah lembut dan romantis, mudah pula dia berasa sayu, pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami. Adakalanya lunak tetapi selalunya keras dan kurang simpati. Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita disisinya tetapi tatkala sudah memperolehinya, jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, adalah yang disenangi pasangannya, seorang wanita bernama kekasih mahupun sudah bergelar isteri.


Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui :
1. Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih/isteri tanpa sedikit keterpaksaan.
2. Semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.
3. Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.
4. Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi kekasih/isterinya.

5. Dia mencemburui kekasih/isteri - lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan mereka. Konkongan semata-mata oleh perasaan sayang dan cemburu yg meluap-luap.

6. Dia akan kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih/isteri.
7. Dia akan mudah merajuk dan sensitif apabila anda tidak menumpukan perhatian penuh terhadapnya. Kadang-kadang dia seperti anak kecil utk mendapatkan layanan yang terbaik dari pasangan.
8. Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih/isteri.
9. Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada kekasih/isteri. Merasa lega bila pasangan memujuknya.
10. Dia akan gelisah apabila berjauhan dengan kekasih/isteri. Dia akan kerap menelefon dan menghantar SMS.
11. Dia akan kerap bertanya apakah kekasih/isterinya mencintainya.

12. Lelaki yang jujur dan cukup 'mabuk' dalam percintaannya pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isterinya.

* artikel ini diperolehi dari email yang dikirimkan oleh sahabat lama