Friday 6 November 2015

KEK COKLAT LEMBAP

Tekak harini nk makan kek coklat.. puas cari resepi dekat en gugel.. nak kek coklat yang lembap dan lembut gituh... akhirnya yanna jumpa resepi ni kat FB Kelas Bakeri.. tengok bahan-bahan yg digunakan semua ade kat dapur so yanna pun on je la.. so jom kite semak resepinya


nampak tak kek coklat hasil air tangan yanna daripada resepi FB Kelas Bakeri... memang sedap.. lambap... cair dimulut gituh.. tak sangka anak yanna pun suka sangat kek ni... kek ni dah kali ketiga yanna buat... seronok tengok anak makan tu yang rajin membuatnye..


nak cuba buat tak?... meh yanna kongsikan resepinya kat bawah ni.. apa2 pun terima kasih pada tuan punya resepi... memang terbaik!!...

Bahan2 kek :-

1 3/4 cawan tepung serbaguna
3/4 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 1/2 cawan gula kastor
1 sudu teh garam
2 biji telur gred A
1/2 cawan minyak 
2 sudu teh vanilla
1 cawan susu segar
1 cawan air panas

Cara2 :- 

1. Panaskan oven pada suhu 177'c. Letakkan kertas minyak pada bahagian bawah loyang, ketepikan.

2. Campurkan gula + tepung + serbuk koko + baking powder + baking soda + garam di dalam mangkuk. Gunakan whisk untuk mengadun semua bahan sehingga bercampur semuanya.

3. Dalam mixer pukul telur hingga pecah kuningnya dan masukkan susu, minyak dan esen vanilla. Pukul pada kelajuan sederhana selama 2 minit. Masukkan bahan kering dan kacau sebati. 

4. Akhir sekali masukkan air panas, ketika ini adunan akan menjadi cair, jangan panik tau.. ok je tu.

5. Tuangkan adunan tadi dalam loyang, bakar selama 40-50 minit atau hingga masak ye. Boleh cek kek tu dgn cucuk kan garfu.. klu kek tu tak melekat pada garfu maknanya kek tu dah masak.

** nota : oven kite semua tak sama dan lain2 kepanasannya.. kena check tau.

Bahan2 untuk topping ( coklat ganache ) :-

1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
2 sudu butter


Cara2 :-

1. Campurkan semua bahan dan masak dengan cara 'double boil' dengan api yg sederhana.  Kacau sehingga adunan menjadi cair (ganache).

2. Tuangkan ke atas kek tadi. Sejuk kan topping. Bila dah sejuk boleh la hiasi kek tu ikut kreativiti korang sendiri.

Siap!

~~~ JOM BUAT ~~

XOXO :D

Friday 23 October 2015

KENTANG GORENG RANGUP

hai semua... camne harini?.. semoga semuanya sihat hendaknya.. ok.. kalini yanna nak kongsikan resepi kudapan ringkas wat kunyahan di depan tv :).. kentang goreng.. haaaa... yg mna dah expert tu tengok2 je la ye.. yg mana baru nak buat.. jom cuba cara yanna


sebelum yanna tuliskan resepi cer tengok pic atas nih.. ni lah hasil kejadian kentang goreng yanna.. sedap tau (puji diri sendiri la plak..hehehe).. rangup diluar dan lembut di dalam...


kentang goreng ni kena makan panas2 tau.. jgn la angkat dari kuali terus makan.. melecur lidah tuhhh.. biarkn die suam2 kuku gituh brula makan.... klu biarkan sejuk dah kurang rangupnya.... ok.. jom try.. yanna kongsikan resepi di sini ye..

Bahan2 :-

Kentang secukupnye - yanna guna 2 biji saiz sederhana.. dihiris spt dlm gambar di atas
Garam
Serbuk lada putih
Serbuk lada hitam
Minyak untuk menggoreng

Cara2 :-

1. Kentang yg dihiris di rendam dalam air sejuk - air yang dlm peti sejuk tu. Rendam selama 30minit

2. Toskan kentang dan lapkan kentang dengan kitchen tissue supaya nanti bila goreng minyak tak terpercik terkena air kentang tuh.

3. Panaskan minyak menggunakan api sederhana.. dan gorengkan kentang tadi sehingga ia lembut.

4. Setelah lembut angkat dan toskan minyaknye.

5. Dengan menggunakan minyak yg sama.. besarkan apinya.. gorengkan semula kentang yg dh digoreng kali pertama tadi. Goreng hingga nampak keemasan dan garing. Pastuh bleh di angkat.

6. Toskan kentang skali lagi dan taburkan garam, lada putih dan lada hitam.

7. Sedia untuk dingap...


~~ MUDAHKAN.. JOM BUAT~~

XOXO :D

Tuesday 20 October 2015

AYAM BLACK PEPPER

Harini tekak yanna teringin sangat nak makan ayam black pepper... cari resepi kat mr gugel.. kebanyak resepi mesti guna sos black pepper... aduhaii.. kat rumah yanna takde sos ni... nak gi beli rasa malas nak kluar.. mmm.. so cari la resepi yang tak guna sos black pepper nih.. akhirnya yanna jumpe resepi dari blog resepibonda.. terima kasih empunya resepi sebab kongsikannya.. jom buat ayam black pepper


Ni la hasil daripada resepi tersebut.. sedapp.. ada rasa manisnya.. ada rasa lada hitamnya.. ada rasa pedasnya.. sume rasa seimbanglah.... Alhamdulillah.. dapat gak makan ayam black pepper yang sedapp ni.. makan plak dengan nasi panas2.. fuyoooo... mengancam kau.... hehehe.. jom kite cuba buat.. meh yanna letakkan resepi kat sini untuk rujukan kengkawan :)

AYAM BLACK PEPPER

Bahan2 :-

5 ketul ayam
6 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 sudu kecil lada hitam - disangai dan dikisar kasar
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis
1/2 cawan air
1 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
2 biji lada merah hidup - di belah 2 dan dibuang bijinya (yanna tambah)
1 biji tomato - dibelah 4 (yanna tambah)
garam dan gula
minyak untuk menumis

Bahan perap :-

2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam

Cara2 :-

1. Perap ayam dengan bahan perapan selama 30 minit - yanna perap semalaman.. lagi sedappp

2. Goreng / panggang ayam yang diperap tadi sehingga masak.

3. Panaskan minyak. Tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau.

4. Masukkan sos tiram, kicap manis dan air. Kacau hingga sekata. Kemudian masukkan lada hidup dan tomato. Kacau sekejap dan masukkan air bancuhan tepung jagung.

5. Masukkan ayam dan gaul sekata.

6. Perasakan garam dan gula secukup rasa.

7. Siap untuk dihidang.

~~ BEST TAU.. SELAMAT MENCUBA :) ~~

XOXO :D

Tuesday 13 October 2015

AYAM GORENG BEREMPAH ALA CHEF SHERSON

1st time yanna tengok rancangan Family Kitchen With Sherson di ASTRO channel AFC 703.. teringin nak buat ayam berempah yang di buat oleh chef Sherson.. nampak mengancam sangat rempahnya.. so yanna pun gugel la.. cari kat internet resepinya.. Alhamdulillah.. yanna jumpe gak resepinya..


Yanna pun cuba la resepinya.. memang menjadi.. memang sedap sangat.. mabeles sesangat.. bestla.. cubala kengkawan.. memang lazat..


Meh yanna belanja gambar ayam berempah yang yanna hasilkan dari resepi chef Sherson ni... yang paling best kerak2 rempah yang bertaburan tuh.. bila makan krak..krup.. bunyinya.. hehehe


Ok.. dah puas tengok gambar?.. jangan terliur tau.. cubala buat.. memang puas hati.. yanna share kan resepinya di sini ye :-

AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan2 :-

500 gram peha ayam tanpa tulang
2 inci halia
2 biji bawang merah besar - dikisar
50 gram bawang merah kecil - dikisar
6 ulas bawang putih - dikisar
8 batang serai - dikisar
5 biji cilipadi - dikisar
3 sudu besar cili kisar
1 1/2 sudu besar biji ketumbar - disangai dan dikisar
2 sudu besar serbuk kari daging
1 1/2 sudu besar jintan manis - disangai dan dikisar
1 sudu besar garam
1 sudu besar gula
1 biji telur

Cara2 :-

1.  Potong peha ayam secara memanjang (stripes)

2. Campurkan bahan yang dikisar dengan cili kisar, kari daging, garam dan gula. Gaul sehingga sebati.

3. Pecahkan telur dalam adunan dan gaul sebati.

4. Masukkan peha ayam tadi. Gaul sebati.

5. Perapkan ayam selama 2 - 3 jam atau lagi sedap biarkan semalaman.

6. Panaskan minyak. Gorengkan perapan ayam tadi dengan minyak terendam. Goreng hingga garing dan angkat.

7. Siap untuk dihidang.

~~ MUDAHKAN.. JOM BUAT ~~

XOXO :D

Tuesday 6 October 2015

GUNUNG JERAI

Alahai.. lama betul yanna tak update blog kan... tu la.. nak curi masa utk berblog ni punye la payah.. namun yanna gagahkan jua.. so jom tengok aktiviti yanna baru2 nih..


Cuti Raya Aidiladha yg lalu.. lamakan..hehehe.. ade majlis perkahwinan sepupu yanna di Sg. Petani Kedah.. haaa.. yg atas ni pic nye... kami bergambar bsama pengantin utk kenangan...


Esok nye tuh kami ke Gunung Jerai.. Mendaki?.. agak2 nye larat ke?.. hahaha.. tak de maknanya.. yanna x mendaki pun.. kite mendaki guna kereta je..hihihi...


Ni la pemandangan puncak Gunung Jerai.. cantikkan... Subhanallah.. Udara dan angin kat sini memang sejuk..nyaman.. cam kat Cameron tuh.. tpi yanna rasa sini lagi sejuk... hihihi


Cantikkan pemandangan die... yang dalam pic tu adik yanna enterprem..hahah.. pic candid ni... Kat atas puncak ni ade resort.. sesape nak menginap boleh gak.. sesuai untuk yang nak pergi honeymoon... :)

~~ JOM LEPAK SINI.. MEMANG BEST ~~

XOXO :D

Monday 5 January 2015

AISKRIM HOMEMADE

Aiskrim homemade?.... macam best je kan?.. memang best pun... senang je buat aiskrim ni.. xyah nak gi beli kat kedai lg.. dijamin halal dan bersih kan kalau buat sendiri.. dan yang paling best seronok bila tengok anak dan en somi makan.. sedap katanya... hihihi.. pape pn meh yanna kongsikan resepi ni...

yanna masukkan dalam bekas kecik2.. senang anak nak makan...

meriahkan.. kacangnyer... request en somi.. hihihi

AISKRIM VANILA DAN COKLAT 

Bahan2 :-

1 tin susu cair
4 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar ovellet
2 sudu besar milo - yanna guna tamar koko.. lg sedap
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil esen vanila
pelbagai kekacang - yanna guna badam dan walnut
coklat urai dan coklat warna warni sebagai hiasan

Cara2 :-

1.  Mixer kan susu cair, susu pekat manis dan ovellet sehingga kembang. Mixed sampai betul2 kembang dan ringan. Ianya ambil masa dalam 10 minit dengan kelajuan mixer yang maksima.

2. Bahagikan 2 bahagian. 1 bahagian di campurkan dgn esen vanila dan kacang. Gaul sebati. 1 bahagian lagi dicampurkan dengan tamar koko, serbuk koko dan kacang. Gaulkan sebati.

3.  Sediakan bekas dan masukkan berselang seli 2 adunan tersebut. Buat hingga habis.

4. Akhir sekali taburkan atau hiaskan bahagian atas aiskrim dengan coklat urai, kacang dan coklat warna-warni untuk menaikkan seri aiskrim tersebut.

5.  Masukkan dalam peti sejuk dibahagian sejuk beku. Tunggu semalaman. Dah keras dan boleh dimakan. Sedappppp


~~ CUBALAH.. TENTU AKAN BUAT BERULANG KALI ~~ 

XOXO :D