Sunday 14 December 2014

APAM BALIK

Fuhhh dah lama yanna tak update blog.. maaf ye kengkawan.. kesibukkan menguasai diri.. so sekarang baru berpeluang untuk berblog... kali ni yanna ingin berkongsi resepi apam balik... selalunya en suami selalu beli kat pasar malam... kalau beli mesti yang special punye iaitu xde gula.. maklumla kami ni tak suka makan manis2 sangat.. so trasa cam nak buat sendiri je.. yanna pun tanyalah en gugel.. yanna dapat resepi ni dari salah satu blog masakan tapi yanna tak ingat plak namanya.. maaf ye... pape pn trima kasih atas ilmu yang dikongsikan... so jom kite try buat plak..

APAM BALIK

Bahan2 :-

2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula pasir
1 sudu teh yis kering
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
1 1/2 cawan air
pewarna kuning

~~~~

untuk isinya :-
kacang tanah - disangai dan ditumbuk kasar
jagung krim tin
gula pasir - yanna x letak

Cara2:-

1. Masukkan telur dan gula ke dalam blender dan kisarkan hingga kembang.

2. Setelah kembang masukkan air, yis, pewarna kuning, baking powder dan esen vanila. Kisar lagi

3. Kemudian akhir sekali masukkan tepung gandum dan kisarkan hingga sebati.

Perapkan atau rehatkan adunan yang dah dikisar tadi selama 1-2 jam supaya ia mengembang dan ringan.

Pastuh leh la kita buat apam balik. Yanna sertakan gambar sebagai rujukan ye...



1. panaskan kuali. gunakan kuali anti lekat ye. sapukan sedikit minyak menggunakan tisu dapur tuh. Gunakan api yg sederhana.


2.  Tunggu sekejap smapi bahagian atas apam tuh hampir masak dan taburkan gula (yanna x letak), kacang dan jagung ikut suka.


3. Pastuh.. lipatkan apam tadi jadi camni.. angkat dan boleh dimakan...


4. Dapatlah 5 keping apam balik dengan adunan tadi tuh.


SIAP

~~~ SELAMAT MENCUBA ~~

XOXO :D

Saturday 1 November 2014

DIY : JUBAH EKSPRESS BUDAK LELAKI (PART 2 : MENJAHIT)

salam semua.. maaf buat kengkawan yang menunggu sambungannya...ok kat sini yanna kongsikan cara menjahit pula.. pertama yanna buat bahagian leher dulu.. memula cam biasa kita cantum bahagian bahu... pastuh yanna potong kain lain panjangnya mengikut ukuran keliling leher dan lebarnya dalam 2" yer... seperti gambar dibawah


lebar kain 2" ni dilipat dua menjadi ukuran 1" dan dijahit untuk mencantumkannya.. jahitan kasar pun boleh... kat gambar ni tak nampak garisan jahitan plak... cuba tengok gambar kat bawah ni... :)


nampak tak ade 2 garisan jahitan benang kat lapik leher tu...:).. pastuh cantumkan lapik leher dengan leher la ye.. lihat gambar...


sampai ke hujung leher.. yanna cuma lipatkan je kain yg lebih dan dijahit skali.. cer tengok gambar..


dah siap cantum.. leh jahit tepi...


lepas jait tepi.. terbalikkan pelapik kedepan dan jahit tindih kasih plak...


dah siap bahagian leher...


pastuh leh la cantum dan jahitkan bahagian badan dan tangan baju.. kemudian jahit kelim bahagian bawah baju...


inilah hasil jubahnya... nak tengok model pakai tak?....


tadaaa.... model menggayakan jubah yang mamanya buat... dah pakai tak nak buka plak... haduiyaiiii... anak...anak...

~~ SELAMAT MENCUBA ~~

XOXO:D

Friday 26 September 2014

DIY : JUBAH EKSPRESS BUDAK LELAKI (PART 1 : MEMOTONG)

as salam semua... kalini yanna nak kongsikan cara buat jubah ekspress... jubah ni yanna buat untuk si kecik menghadiri majlis harijadi sepupunya... sekejap jer yanna buat jubah ni.. mula potong waktu pagi... petang dah siap... majlisnya malam... so boleh terus pakai.... jubah ni yanna buat menggunakan kemeja en suami yang tak digunakan lagi... so jom tengok cara-cara nya ye.. kalau ade yang tak faham boleh bertanya... untuk fasa pertama ni yanna tunjuk cara memotong dulu...


kemeja asal - shhhhh.. abaikan barang yang bersepah atas meja tuh ye :)


lipat dua kemeja lama... ambil jubah sediada sebagai ukuran... buat seperti gambar di atas.


bahagian tangan jubah sediada dilipat supaya kita tak tergunting tangan jubah tuh... potong ikut jubah asal tapi lebihkan 1/2" ye untuk basi jahitan


dapatkan ukuran bahagian lengan untuk buat keruk lengan... yanna ambil ukuran 5" dari bahu ke bahagian bawah lengan (ketiak)... tandakan.. potong


bila dah potong dapatla 2 keping baju... asingkan bahagian depan dan belakang... ambil bahagian depan dan tandakan leher baju... bukaan untuk leher tuh yanna amik 21/2" dan ukuran serong tuh yanna amik 41/2"... tandakan..potong.. ketepikan

untuk bahagian belakang pula.. tandakan 21/2" panjang dan 1/2" lebar..dan wat keruk leher (alaaa... macam wat leher baju kurung bahagian belakang tuh...sama jer)


pastuh amik ukuran tangan... untuk bahagian nih... yanna amik pada bahagian tangan kemeja asal... panjang dan lebar tangan tuh yanna main agak-agak je ye.. ikut suka kita nak letak.. ikut contoh jubah lama pun boleh... cara buat ukuran lubang tangan cam kita potong baju kurung moden punya lubang lengan tuh...


bahagian tangan yang dah dipotong... beginila hasilnya...

ok..siap sudah proses menggunting... bolehlah dikemaskan dengan jahitan tepi jubah.... akan datang yanna akan kongsikan cara menjahitnya pula...

~~ SELAMAT MENCUBA YE ~~

XOXO :D

Wednesday 10 September 2014

BEGEDIL DAGING N SAMBAL KICAP CILIPADI

Bismillahirrahmanirrahim... pembuka bicara.. alhamdulillah segala kerja pengiraan kos untuk 3 buah rumah banglo telah pun yanna siapkan dan telah pun berada di tangan pemilik.. hanya menunggu keputusan pemilik samada bersetuju dengan harga yang diberi ataupun ingin perbincangan semula dibuat... yanna bagi masa untuk pemilik berfikir... (apa yang yanna bebelkan nih..hihihi)

ok.. stop pasal kiraan... seperti yang yanna janjikan tempoh hari... yanna nak kongsikan resepi bergedil daging dan juga sambal kicap cilipadi yang dimakan dengan soto... tengok gambar kat bawah nih ye.. 


ni gambar entri dulu.. sorila yanna tak snap gambar begedil dengan sambal kicap tuh so gunala gambar nih..hihihi... nampak tak bergedil tuh... (nampakkan)... mana sambal kicap plak... tuh yang kt dalam bekas atas sebelah kiri tuh...hehehe... sambalnya menyorok... ada dalam bekas...

so jom cuba buat begedil dan sambal kicap mengikut citarasa yanna... kengkawan pun boleh ubah mengikut citarasa tersendiri... no hal la :)


BEGEDIL DAGING

Bahan2:-

5 biji kentang sederhana besar
400gm daging cincang - yanna guna ramly burger punya
1 biji bawang besar merah - dipotong dadu
2 sudu kecil jintan manis 
1 sudu kecil biji ketumbar 
1/2 sudu kecil jintan putih 
3 sudu kecil bawang goreng
1 biji telur
minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa
daun bawang dan daun sup - dicincang halus

Cara2:-

1. Kentang dibersihkan dan dipotong wedges kemudian dikukus hingga empuk/lembut. Lepas tu lecekkan kentang sementara masih panas.

2. Daging cincang digoreng tanpa minyak terlebih dahulu. Goreng sehingga berubah warna. Masukkan ke dalam kentang.

3. Sangaikan jintan manis, biji ketumbar dan jintan putih sehingga naik bau. Kemudian tumbuk hingga halus dan masukkan ke dalam kentang tadi.

4. Masukkan pula bawang merah, bawang goreng, daun bawang serta daun sup ke dalam adunan kentang tadi.Perasakan garam dan gaul hingga sebati.

5. Pukul sedikit telur. Panaskan minyak. Bentukkan bulat adunan tersebut dan celupkan kedalam telur dan goreng hingga masak. Begedil daging sudah siap untuk dihidang.


SAMBAL KICAP CILIPADI

Bahan2:-

Segenggam cilipadi
Kicap pekat manis secukupnya - yanna guna kicap manis cap kipas udang
secubit garam
2 biji kecil bawang merah - dihiris halus
1 ulas bawang putih - dihiris halus
1 sudu kecil minyak masak untuk menggoreng

Cara2:-

1. Panaskan minyak. Gorengkan cilipadi, bawang merah dan bawang putih sehingga layu. Angkat dan ketepikan.

2. Masukkan bahan yang digoreng tadi ke dalam pengisar. Masukkan juga kicap pekat manis dan secubit garam. Kisar hingga halus.

3. Siap untuk di hidang.

selamat mencuba....


~~ MUDAH, SENANG & SEDAP~~

XOXO :D

Saturday 6 September 2014

KESIBUKAN MELANDA

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua... yanna nak bagitau kengkawan yang yanna belum berkesempatan untuk tuliskan resepi seperti dijanjikan sebelum ini... sori yer sebab yanna tengah sibuk dengan kerja seperti gambar di bawah ini... nak tau kerja ape?... jeng..jeng..jeng...

sesiapa yang bekerja di dalam bidang pembinaan mesti tau apa yang yanna buat nih.. sesiapa yang tak tau.. yanna bagitau eh... yanna tengah kirakan kuantiti bahan binaan sesebuah rumah.. kenapa kena kira kuantiti?... sebabnya untuk mendapatkan kos sesebuah rumah tersebut... haaaa... agak2 paham tak apa yang yanna terangkan nih...


hihihi... kalau tak faham.. bacalah sampai faham ye... :).. resepi tuh nanti yanna akan kongsikan di lain waktu.. maknanya selepas kerja yanna siap nih... tunggu ye kengkawan... jangan marah aaaaa... nnt kena jual.. hehehe... 

okla sampai kat sni je leh ngomel.. nak sambung mengadap kiraan jap.. see yaaa...

~~ TUNGGU PENUH SABAR YE ~~

XOXO :D

Wednesday 3 September 2014

SOTO KAMBING

Assalamualaikum dan selamat pagi semua... apa khabar ye kengkawan.. di harap semuanya sihat di bawah lindungan NYA.. kalini yanna nak kongsikan bersama satu resepi yang kerap yanna buat untuk santapan kami sekeluarga... resepi nih yanna rujuk resepi pelbagai blogger kat alam maya nih.. sape blogger tuh yanna pun dah tak ingat.. lupa (sori ye).. kalau yanna ingat nanti yanna bagitau.. ok.. cer layan gambar di bawah nih yer...


cer teka apa nih.. cam kenal je... :) .... nampak cam soto kn...


cer tengok lagi... memang soto.. tapi soto nih special tau... 


apa yang special?... ni bukan sebarang soto... ni soto kambeng.... mmmbeekkkk... hihi... dah bersedia... ok.. ni resepinya :-

SOTO KAMBING

** untuk 5 orang makan

Bahan2:-

Bahan A

Daging kambing secukupnya ( di potong kecil )
2 biji bawang merah 
3 biji bawang putih 
1/2 inci halia 

** semua bahan A di hiris halus

Bahan B

4 batang serai
1 inci halia
5 biji bawang merah
7 biji bawang putih
1 inci kunyit
3 sudu besar rempah kurma

** semua bahan B di kisar

Bahan C

Rempah ratus
4 biji buah keras
2 sudu kecil biji ketumbar
2 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil biji lada hitam (sukatan ikut kepedasan masing2 ye)

** kesemua bahan di atas hendaklah di sangai (di goreng tanpa minyak) dan di tumbuk halus

7 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
2 batang kayu manis
7 biji bunga cengkih

minyak untuk menumis
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara2:-

1. Panaskan minyak, tumiskan bahan A hingga naik bau dan masukkan daging kambing. Tunggu sampai daging kambing bertukar warna. macam separuh masak gituh.

2.  Bila daging kambeng tersebut dah separuh masak, masukkan air secukupnya.

3.  Di kuali lain, tumiskan bahan B hingga naik bau dan masukkan kesemua bahan C. Tumiskan hingga pecah minyak.

4.  Selepas ini barulah masukkan rempah ratus yang ditumis tuh ke dalam sup kambing tadi dan kacau. Masak hingga daging kambing tu empuk dan lembut. Perasakan garam dan gula. Dah siap..

boleh hidangkan bersama nasi impit/bihun serta pelengkap soto yang lain seperti  :-

~ begedil daging
~ daun sup
~ daun bawang
~ kacang tanah goreng
~ suhun goreng
~ kicap cili
~ bawang goreng
~ taugeh

akan datang yanna akan kongsikan resepi untuk kicap cili dan begedil pulak ye.. sampai ketemu lagi.

~~ SELAMAT MENCUBA ~~

XOXO :D

Wednesday 27 August 2014

DIY : SPAN BAHU

Assalamualaikum..salam pembuka bicara... mana yanna nih...yuhuuuu...blog dah bersawang bagai... sudah 3 bulan yanna menyepikan diri... maaf ye kengkawan.. bukannya apa.. dok sibuk sangat menjahit tempahan orang...jaga baby lagi...(fuhh alasan jer tuh)... ditambah pula dengan kemalasan yang teramat untuk mengupdate blog nih... sori ye...

ok.. dipendek kan cerita... yanna kembali semula di sini untuk berkongsi satu lagi teknik dalam ilmu jahitan... iaitu cara memasang span bahu... teknik nih yanna perolehi dari kawan fesbuk yanna dalam group menjahit... terima kasih untuk kak shud jamil kerana sudi berkongsikan ilmu ini.. yanna plak nak share ilmu tu dengan kengkawan kat sini yang mana masih mencari cara2 untuk menjahit span bahu...


1. sediakan kain secukupnya berbentuk 4 segi.. yanna ukuran yanna agak2 je nih


2. lipatkan kain tu menjadi 3 segi...cam dalam gambar nih.. pastikan yang bercorak di sebelah dalam yer..


3. jahitkan menyerong dari tengah hingga kehujung (ala2 lisu tuh).... tengok gambar...  ukuran lebar jahitan bagi hujung kain tuh dalam 1 - 1.5 inci yer.. yang mana bersesuaian


4. bila kain tuh dibuka macam nih la bentuknya... bentuk cam ikan tuka gituh... err tuka tuh anak ikan pari tau... hihihi


5. letak kan span bahu di tengah2 kain


6. lipatkan kain tersebut menutupi keseluruhan span bahu tuh... dan jahit keliling dengan mesin dan disudahi dengan jahitan tepi unuk kemasan


7. span bahu yang sudah siap dibungkus dan bersedia untuk dilekatkan pada bahu baju....

SEKIAN..... :)

moga tutorial ni dapat membantu sedikit sebanyak untuk korang dalam bidang jahitan nih..

~~ SELAMAT MENCUBA ~~

XOXO :D

Friday 2 May 2014

PATUT KER TAK PATUT

Assalamualaikum pada semua pembaca yang singgah ke blog yanna nih... lama betul yanna tak bersiaran... kesibukkan melanda diri...sori yer semua... kali ni yanna bukan nak cite pasal masakan or jahitan... kali ni yanna nak kongsi sikit cite pasal sikap budak muda zaman sekarang nih... maaf dipinta seandainya apa yang yanna akan tuliskan nih ada yang terasa hati... ini cuma luahan hati yang tak puas hati... 

baru-baru nih yanna pegi la isi petrol kat salah satu petrol pam yang ade kat malaysia nih... 1st time isi kat petrol pam nih.... sampai kat situ, adala 2 orang pekerja (remaja lelaki) sedang lepak kat tempat isi minyak tuh kan... yang sorang tuh tengah bantu customer isi minyak... yang sorang lagi tuh dok berborak ngan kawan die la...bukan ada banyak keta pun kat situ.. cuma 2 buah keta jer...


yanna pun parkir keta dan nak bayar kat kaunter (cam biasa la tu).... yanna masa tuh ngan anak yanna yang berusia 1tahun.... so takkan nak tinggalkan die sorang2 dalam keta.. yanna pun dukungla dia... selesai bayar kat kaunter tuh... yanna tengok pekerja yang berborak tuh buat tak tau jer... apalah salahnya kalau dia tolong yanna isikan petrol tuh...

dah la yanna dukung anak... nak isi minyak lagi... pekerja tuh leh buat bodoh jer... xder rase nak tolong ker... geram pun ade... hangin jer dibuatnya... rasa nak jerit jer... tapi sabar... ni la skali yanna isi petrol kat sini... lepas ni no more kay... 

yanna bukan nak kondem mana-mana pihak tapi sikap pekerja tuh harus dititikberatkan...kenala mesra pelanggan... barula ramai pelanggan yang datang nanti...

~~ WUJUDKAN TIMBANGRASA DALAM DIRI ~~

XOXO :D

Tuesday 4 March 2014

POLA JUBAH

assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua kengkawan yang selalu singgah di blog yanna nih... sori sesangat sebab dah lama sangat tak update blog... dari tahun lepas lagi kn yanna menyepi... mmmm... yanna sibuk menjahit sekarang nih.... banyak lagi tempahan yang belum yanna siapkan... alhamdulillah... rezeki yanna dipermudahkan.... ok lah... ni nak citer sket la... sedang sibuk yanna menjahit tetibe jer yanna teringat yang yanna ade hutang dengan u all pasal pola jubah yang yanna nak share dengan u all di post sebelum nih... 


so.. sekarang yanna tunaikan janji la ye.. sori sebab lambat... jubah yang yanna buat tuh.. sila klik kat sini   yanna guna pola nih tuk buat jubah tu...


pola nih bukan yanna yang buat tapi yanna ambil dari salah seorang blogger jahitan (sure dengan keizinan nya la ye )... yanna ucapkn terima kasih banyak kepada blogger tersebut kerana sudi share pola nih kat yanna... yanna pun dah tak ingat sape blogger tuh sebab dah lama sangat yanna peram pola nih... hihihi


harap yanna dapat membantu u all yang minat menjahit ataupun yang baru nak menjahit... cubalah jahit jubah yang simple nih...

~~ SELAMAT MENJAHIT ~~

XOXO :D