Thursday 19 November 2020

ANAK SULUNG TIBA² BERUBAH

Masa adiknya pertama kali masuk ke dalam rumah. Abang buat tak tahu je. Pandang pun tak nak adiknya. Jejakkan kaki dalam bilik pun tidak sebab adik ada.

Maklumlah, selama 8 tahun dia membesar bersama mama dan papa. Dia lah abang dia juga lah adik. Tiba² muncul pula orang baru.

Dia mula menjauhkan diri dari kami. Mungkin dia rasa kami tak sayangkan dia lagi. Kesian yanna tengok dia masa tu. Sedih pun ada. Jadi, kami lebihkan lagi perhatian dan layanan pada dia agar dia tak rasa tersisih.

Hampir 2 minggu juga dia ambil masa untuk terima kehadiran adiknya. Perlahan² dia mendekati, menyentuh dan bermain dengan adiknya.

Alhamdulillah, adik pun dah hampir 6 bulan usianya. Hubungan abang adik semakin erat. Setiap kali balik kampung, saje yanna bagitau nak tinggalkan adik pada neneknya. Dia bertegas tak bagi. Bila tanya kenapa. "Because i love him" katanya.

Semoga kasih sayang antara kamu berdua berkekalan hingga ke jannah.

Mama papa sayang kamu berdua dunia akhirat.

Monday 16 November 2020

KINI KEMBALI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua kawan². Dah 3 tahun blog yanna sunyi je kan?. Maklumlah, platform media sosial kini bagai cendawan tumbuh. Dengan facebook, instagram, tiktok dan pelbagai lagi. Yanna leka dengan semua tu sampai tak berkesempatan nak jengah blog ni. Maaf ye.

Untuk info kawan². Pada 09 Jun 2020 yang lalu, kami dikurniakan cahaya mata kedua. Alhamdulillah. Kami tak sangka sebab anak yanna yang sulung pun kini dah berusia 8 tahun. 

Kewujudan orang baru dalam keluarga kami membuatkan abangnya tak dapat menerima hakikat dengan kehadirannya. (yang ni nanti yanna ceritakan di post akan datang).


Lahirnya seorang putera. Adi Khairy nama yang diberi oleh papanya. Nama cute nya harry. Dilahirkan secara pembedahan di Hospital Alor Gajah, Melaka pada jam lebih kurang 09:25am. Pada ketika ini usianya baru sehari.


Masa ni harry dah sampai rumah. Rasanya usia harry baru 20 hari. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh buat mama dan papa serta menjadi adik yang terbaik buat abang ye. Aamiin.

Aamiin Ya Muqib.