Monday 5 January 2015

AISKRIM HOMEMADE

Aiskrim homemade?.... macam best je kan?.. memang best pun... senang je buat aiskrim ni.. xyah nak gi beli kat kedai lg.. dijamin halal dan bersih kan kalau buat sendiri.. dan yang paling best seronok bila tengok anak dan en somi makan.. sedap katanya... hihihi.. pape pn meh yanna kongsikan resepi ni...

yanna masukkan dalam bekas kecik2.. senang anak nak makan...

meriahkan.. kacangnyer... request en somi.. hihihi

AISKRIM VANILA DAN COKLAT 

Bahan2 :-

1 tin susu cair
4 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar ovellet
2 sudu besar milo - yanna guna tamar koko.. lg sedap
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil esen vanila
pelbagai kekacang - yanna guna badam dan walnut
coklat urai dan coklat warna warni sebagai hiasan

Cara2 :-

1.  Mixer kan susu cair, susu pekat manis dan ovellet sehingga kembang. Mixed sampai betul2 kembang dan ringan. Ianya ambil masa dalam 10 minit dengan kelajuan mixer yang maksima.

2. Bahagikan 2 bahagian. 1 bahagian di campurkan dgn esen vanila dan kacang. Gaul sebati. 1 bahagian lagi dicampurkan dengan tamar koko, serbuk koko dan kacang. Gaulkan sebati.

3.  Sediakan bekas dan masukkan berselang seli 2 adunan tersebut. Buat hingga habis.

4. Akhir sekali taburkan atau hiaskan bahagian atas aiskrim dengan coklat urai, kacang dan coklat warna-warni untuk menaikkan seri aiskrim tersebut.

5.  Masukkan dalam peti sejuk dibahagian sejuk beku. Tunggu semalaman. Dah keras dan boleh dimakan. Sedappppp


~~ CUBALAH.. TENTU AKAN BUAT BERULANG KALI ~~ 

XOXO :D

No comments: