
Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui :
1. Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih/isteri tanpa sedikit keterpaksaan.
2. Semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.
3. Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.
4. Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi kekasih/isterinya.
5. Dia mencemburui kekasih/isteri - lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan mereka. Konkongan semata-mata oleh perasaan sayang dan cemburu yg meluap-luap.

6. Dia akan kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih/isteri.
7. Dia akan mudah merajuk dan sensitif apabila anda tidak menumpukan perhatian penuh terhadapnya. Kadang-kadang dia seperti anak kecil utk mendapatkan layanan yang terbaik dari pasangan.
8. Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih/isteri.
9. Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada kekasih/isteri. Merasa lega bila pasangan memujuknya.
10. Dia akan gelisah apabila berjauhan dengan kekasih/isteri. Dia akan kerap menelefon dan menghantar SMS.

12. Lelaki yang jujur dan cukup 'mabuk' dalam percintaannya pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isterinya.

* artikel ini diperolehi dari email yang dikirimkan oleh sahabat lama
6 comments:
sehari tidak menatap wajah mu , terasakan bagai seribu tahun malam memanjang. Ok ke ? itu perasaan saya pada isteri saya. He hehe he. Teringat nasi goreng yang di masak. Jadi kalau dia tinggal atau kehilangannya , siapa yang nak masak nasi goreng kosong pedas kegemaran saya ? Hal kecil ini pun saya tak boleh kehilangannya apatah lagi hal lain. ......Sesekali urat isteri putus tu, naik geram juga. Tak kuasa nak memujuknya . letih.
Wah!Pandai betul sipenghantar e-mail kpd anda itu menilai hati budi lelaki. Memang benar kata orang, seorang wanita senang-senang dapat memahami hati 10 orang lelaki tetapi 10 orang lelaki tak dapat memahami hati seorang wanita.
lelaki yang setia payah di cari,
lelaki yang baik selalunya dah berpunya.
lelaki yang kurang kualiti melambak kini,
lelaki ni cuba bertanya bila yezzzza nak berkeluarga?
-sajer gatai mulut..
Salam,
Satu presentation blog yg cantik...teruskan kerja bagus anda.
Pemahaman lelaki ttg cinta ini,berbeda mengikut umur...20an,30an,40an dan seterusnya..
Cinta seorang pemuda 20an tidak sama dengan lelaki 40an...cubalah kita perhati tengok
perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya
perbaikilah diri ke arah positif
ciri2 lelaki yang ada di atas cukup membahagiakan
memang sukar memahami maksud cinta lelaki... kerana apa yang indah bagi mereka, kadangkala adalah racun bagi wanita...
Post a Comment