Sunday 5 April 2009

GANTANG NAN SECUPAK

KEMISKINAN DAN KEKAYAAN ADALAH NASIB. Ini adalah mitos yang berlaku di dalam masyarakat di negara kita hinggakan muncul kata-kata “kalau dah rezeki secupak tak akan jadi segantang”.




Kita sering mendengar, mungkin juga termasuk di antara kita pernah terucap; miskin sudah merupakan nasib kita.





Bagaimanapun kita bekerja keras, nasib tidak mungkin berubah, kerana ini sudah suratan takdir ? Sebaliknya, kalau nasib kita sudah ditentukan kaya sejak dari dalam perut ibu, maka usaha lah apa pun, bahkan kerja ‘main-main’ pun boleh menjadikan kita senang dan kaya.




Orang miskin tidak tahu sangat tentang kemiskinan kerana mereka tidak pernah kaya dan tidak pernah merasa kaya tetapi orang kaya yang jatuh miskin akan merintih-rintih tentang kemiskinan dan kesusahan..




...apa itu MISKIN ? Apa itu KAYA ? cuba tanya definasinya pada tokoh korporat, orang kampung, anak menteri dan juga orang asli, tentu jawapannya sangat berbeza.



kaya dan miskin adalah pada ukuran kebendaan dan ditafsirkan oleh masyarakat mengikut persepsi sendiri dan menurut selera sesuka hati..

2 comments:

Nazeri Harun said...

Sesuatu yang manis untuk difikirkan. Apapun jangan sesekali kaya harta tetapi miskin jiwa, apatah lagi miskin harta miskin jiwa.

4630AC D said...

Tq. Sangat bermakna untuk saya.