Thursday 23 April 2009

TANGIS PAK KADUK.. 2

Orang Melayu dikatakan kaum pendatang di negara nya sendiri. Dan kaum pendatang lain tidak boleh dipanggil kaum pendatang. Jika sesiapa berbuat demikian, mereka mesti minta maaf. Tidak perlu sesiapa minta maaf jika berkata Melayu kaum pendatang..






Namun saya memberanikan diri untuk bercakap sedikit berkenaan orang Melayu di Malaysia walaupun akan dituduh sebagai racist. Saya beranikan diri kerana sesungguhnya orang Melayu berada dalam keadaan cemas, dilanda oleh bermacam-macam masalah dan ancaman.




Jika orang Melayu tidak dibenar bercakap berkenaan masalah mereka, maka mereka mungkin jadi kaum yang terlucut hak (dispossessed) di negara mereka sendiri. Bahaya ini benar kerana kita sudah lihat tekanan dan kehinaan terhadap bangsa kita apabila mereka dijadikan bangsa minoriti di wilayah yang dahulu adalah sebahagian daripada negeri-negeri Melayu.






Keadaan ini boleh berlaku kepada orang Melayu bukan sahaja kerana orang lain tetapi kerana orang Melayu sendiri. Mereka suka membinasakan diri mereka. Mereka tidak mahu merebut peluang yang disedia bagi mereka. Tempat di universiti tidak diambil. Peluang perniagaan diselewengkan. Belia Melayu tidak ingin belajar, lebih berminat dengan melepak atau jadi Mat Rempit.





Majoriti daripada rakyat Malaysia yang terlibat dengan dadah terdiri daripada orang Melayu, yang mendapat penyakit HIV Aids kebanyakan adalah Melayu, kes rogol dan jenayah lain juga ramai orang Melayu. Yang gagal dalam perniagaan juga Melayu, tidak bayar hutang Melayu, tak selesaikan kontrak juga Melayu. Gejala jualan AP pun melibatkan Melayu.






Kita tak suka dengar semua ini. Kita malu. Tetapi jika tidak disuarakan masalah tidak akan hilang dengan sendirinya. Orang lain tahu juga. Lebih baik malu jika kita dapat sedarkan beberapa kerat daripada kita dan mereka mengubah tabiat supaya tidak melakukan yang salah lagi. Yang lain tak malu tak mengapa. Tak mungkin kita dapat sedarkan semua. Yang kena akan terus kena..





Dasar Ekonomi Baru dibentuk supaya dalam jangkamasa 20 tahun kita akan dapat bahagian kita sebanyak 30%. Tetapi sekarang sudah hampir 40 tahun. 20% yang dikatakan kita dapat pun dapat kerana badan-badan yang mewakili Melayu, bukan orang Melayu sendiri. Kita hendak supaya DEB diteruskan.




Apa gunanya jika kita tidak mahu guna peluang yang diwujudkan? Apakah kita mahu DEB kerana nak jual AP, kontrak, lesen dan sebagainya? Lebih baik DEB tidak diteruskan dan kita tidak dapat selewengkannya. Sekurang-kurangnya kita tak akan malu kerana pelbagai ejekan yang akan dibuat kepada kita. - Tun Dr. Mahathir
Sibuknyer minggu ni, kira tender peruntukan pakej ransangan ekonomi.., kalau dapat beruntung la tauke syarikat, tapi yezzza tetap begini, makan gaji bulan.. :(

3 comments:

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

BAHAYA DOK DALAM RUMAH KEPALA MANCIS NIH, MUDAH TERBAKAR.

IBARAT KATA MACAM DUDUK DALAM BARA API..

PATUT LA PAK KADUK MENANGIS, RUMAH NYA SIAP TAPI SENANG DI MUSNAH..

Anonymous said...

Mmang benar kata anda, benteng terakhir servival org Melayu pun dibinasakan oleh Melayu sendiri,(Raja-raja Melayu). Saya amat SEDIH.SEDIH sangat. Tak hairanlah kalau satu hari nnti orang Melayu melarat di tanah airnya sendiri. SEDARLAH WAHAI MELAYU !, tapi sayangnya Melayu mudah lupa.

LaDy NaS said...

salam...:) santek rumah btg mancis.