Monday, 20 April 2009

TANGIS PAK KADUK..

Saya yakin ramai daripada kita terutamanya orang Melayu dan bumiputra lain berasa kita berada dalam keadaan cemas, keadaan yang merbahaya, keadaan terancam. Kenapa tidak? Kita kini diserang berkali-kali oleh berbagai pihak.




Ramai daripada orang lain berkata Melayu adalah kaum pendatang. Melayu mengamalkan apartheid ala kulit putih Afrika Selatan. Melayu tidak adil, suka menidakkan hak kaum-kaum lain. Melayu sudah cukup kaya dan tidak perlu dasar Ekonomi Baru lagi. Semua peluang perniagaan dan pelajaran diberi hanya kepada orang Melayu. Kuasa politik dibolot oleh orang Melayu dan lain-lain.




Berhadapan dengan tuduhan dan tohmahan ini Melayu sekarang tidak boleh mempertahankan diri, bahkan tidak boleh bercakap berkenaan dengan bangsa mereka tanpa dituduh sebagai racist. Mereka harus terima sahaja semua tuduhan/tohmahan ini dan berdiam diri atau bersetuju sahaja.





Mereka juga boleh tambah tokok kepada kecaman ini dan mereka ini akan dianggap liberal dan disanjung tinggi oleh orang lain. Sebenarnya orang Melayu sekarang berada dalam ketakutan, tidak mempunyai pemimpin yang sanggup pertahankan mereka.





Sebaliknya pemimpin mereka mengerohkan lagi keadaan dengan memohon maaf walaupun kesalahan dilaku oleh orang lain. Demikianlah situasi yang mereka hadapi sehingga mereka berasa mereka bersalah, tergamam dan tak dapat berkata apa-apa.





Keadaan hari ini lebih merbahaya daripada keadaan semasa British merancang untuk menakluk negeri-negeri Melayu dengan perancangan Malayan Union. Pada masa itu kita boleh cakap berkenaan Melayu dan tidak ada sesiapa yang akan tuduh kita sebagai racist.





British pun tidak panggil kita racist. Mereka akui memang pun hak orang Melayu menuntut negeri-negeri Melayu sebagai hak orang Melayu. Semua perjanjian berkenaan dengan negeri-negeri di semenanjung mesti dibuat dengan Raja-Raja Melayu. Tidak ada siapa dari kaum lain yang berhak membuat apa-apa perjanjian..




Sekarang orang Melayu tidak pun boleh berkata negeri ini negeri Melayu, tidak boleh sebut negeri ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Negeri Jepun boleh dikatakan negeri orang Jepun, negeri Korea – negeri orang Korea, negeri China – negeri orang Cina, negeri India – negeri orang India. Tetapi negeri Melayu – bukan negeri orang Melayu.




Dahulu mungkin. Tetapi tidak sekarang. Sekarang Malaysia, hak orang Malaysia dan bukan hak orang Melayu. Kesanggupan dan kerelaan orang Melayu berkongsi milik negara ini tidak sedikit pun dihargai. Pemberian satu juta kerakyatan oleh Tunku Abdul Rahman Putra kepada kaum lain tidak dihargai bahkan tidak diingati, dilupakan dengan begitu sahaja..
-BULAN NI BUZY SANGAT MENGIRA TENDER, TAK CUKUP MASA NAK EDIT BLOG.., COPY UCAPAN TUN JER..

8 comments:

zm.azami said...

asalam Yez_zzza,

Boleh tau dari mana Yez_zzza dapat teks ucapan tu.. amat menarik sekali. bole di copy & paste untuk koleksi.

untuk maklumat Yez_zzza, saya jadi followers Yez_zzza ke 31 dan blog Yez_zzza ini saya listkan di my blog list..

Tahniah lah.. banyak masuk tender, tentu akan bertambah rezeki,saya ada juga cuba nasib, tapi keje kecik-kecik aje..

sekian, terima kasih & wasalam

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

WOW, TU GAMBO PAK ARAB MABUK KE?

TEKNIK YANG BAIK UNTUK MENJIMATKAN BUNGA TAYAR DI MASA SESAK..

KALAU BUNGA TAYAR MAKAN SEBELAH DALAM PUN AKAN 'BALANCE' NGAN TEKNIK NIH..

TAHNIAH YEZZZZA..

cheguBard said...

salam ziarah

yez_zzza said...

tksh atas kunjungan zm.azami ke blog yezzzza nih...dan tksh juga atas pujian yag diberikan... slalulah berkunjung ke blog yezzzza lg yer...

tksh juga krn sudio jd follower yezzzza... yezzzza pn dh jd follower zm.azami.. salula kiter berkunjungan nnti yer...

* rezeki ditgn ALLAh... kiter mesti terus berusaha...

yez_zzza said...

kontraktor wibawa... x nk cuber teknik nih ker?... klu nk blaja kenala datang class yezzzza dlu yer...

skiranyer berminat.. leh ar yezzzza deal ngn pak arab tuh... wt appointment...

* suka aksi-aksi yang mencabar

yez_zzza said...

salam kunjungan chegubard... datangla slalu yer!

dotblogspotdotkom said...

ntah la..pakcik pun tak phm....

yg pakcik agak...kenapa jadi begini gawatnye org melayu ialah...kerana MELAYU itu sendiri...

bak kata kawan pakcik.....

"pihak lawan tidak kuat..tp kita nih yg lemah.."....

kelemahan kita itu ditambahkan lagi dgn perangai kita yg suka dengki mendengki.....

sesama kita pun dah x menghormati bangsa sendiri.....sape lagi nak hormat?....bangsa lain jgn harap le..

:- lari tajuk ke aku nih...huhuhuhu

yez_zzza said...

tul la kater pakcik dotblogspotdotkom....

org kiter skrg x leh tgk org lain senang... mesti nk dijatuhkan org tuh..

PHD depa nih tinggi sgt... ntah aper nk jd ngn org melayu kiter pn x tau la...

* syaitan dan iblis xkn berhenti berbisik dan menghasut manusia menuju ke jalan yg dimurkai ALLAH