Sunday, 17 May 2009

DUN PERAK



Maaf, saya terpaksa membetulkan fakta Datuk mengenai keadaan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tempoh hari.Sebagai salah seorang pekerja sebuah akhbar arus perdana, saya dilatih untuk sentiasa objektif dalam membuat setiap liputan.



Melaporkan yang benar, tepat namun seperti yang Datuk maklumi, bahan perlu mencapai matlamat yang dimahukan pengarang2 di ibu pejabat atau ketua biro. Saya bertuah kerana berpeluang berada di DUN Perak bagi membuat liputan kekecohan yang sememangnya diduga semua pihak itu.



Datuk,Sangat tidak tepat BENTARA dijadikan sandaran punca polis dibawa masuk. Sepanjang pemerhatian saya, sebelum kekecohan tercetus, Bentara DUN Perak merupakan pihak yang paling tidak profesional. Mereka bertindak bukan berdasarkan arahan Speaker mahupun Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri tetapi hakikatnya, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim.



Hampir sepanjang tempoh sehingga kira-kira selepas DUN berhenti berehat, Datuk SUK Perak bermundar-mandir beriya-iya mengarahkan Bentara hatta mendesak Abdullah Antong Sabri. Bagi saya yang menyaksikan dengan mata kepala sendiri, Bentara yang sepatutnya bertuankan Speaker di DUN sebaliknya terpaksa taat kepada Datuk SUK yang kami pengamal media di Perak, tahu betapa bias dan tidak profesional sebagai penjawat awam.



2) Polis bukan terpaksa dipanggil masuk tetapi telah bersedia dengan pakaian preman di luar DUN. Kelibat polis hakikatnya digunakan untuk mengusung Sivakumar keluar dari DUN bagi membolehkan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah memulakan titah perasmian.
Kekecohan yang berlaku kira-kira jam 2.40 petang hanya dijadikan sebab untuk khidmat polis kononnya terpaksa dikerah sedangkan ia tidak sepatutnya berlaku begitu.



Saya dan rakan-rakan media sangat terkejut dengan perkembangan itu bahkan ramai yang menggelengkan kepala, mengapa begitu ramai `orang yang tidak berkenaan' masuk dan mencampuri persidangan?
Justifikasi tindakan itu, Speaker baru kononnya mempunyai hak berbuat demikian berdasarkan Fasal 90, Peraturan Mesyuarat.



Speaker baru, Datuk R. Ganesan boleh berbuat demikian (memanggil polis) tetapi apa yang berlaku, bekas ADUN Sungkai itu tidak memanggil pun polis seperti termaktub dalam peraturan itu. Sumpah Datuk....gerombolan polis bersama dua pegawai yang salah seorangnya berpangkat Supritendan merempuh masuk dan bermula pada saat itu, polis menguasai DUN Perak.



Apa kejadah begitu? Sumpah Datuk, inilah antara salah satu liputan yang saya rasa sangat jelek untuk dihasilkan beritanya! Saya sentiasa cuba bersikap profesional dan bertanggungjawab dalam tugas, tetapi kejadian membawa masuk puluhan polis ke dalam Dewan yang dianggap mulia apatah lagi ia tidak perlu dilakukan, sangat mendukacitakan.



Kepada parti pemerintah, saya yakin kalian boleh tawan Perak semula jika berlaku pilihan raya kecil negeri. Apa mahu takut, bubar sahaja DUN Perak dan bagi saya..itulah cara terbaik menyelesaikan kemelut yang akan terus berpanjangan ini!



11:10 PM –PETIKAN DARI KOMEN WARTAWAN MUDA DALAM BLOG A.KADIR JASIN

2 comments:

Nazeri Harun said...

Beberapa tahun dahulu, ada slogan di Jabatan Pendidikan Perak, "Perak Nombor Satu". Ada betulnya; sebagai contoh, Negeri Melayu pertama dijajah British,Perak (itu sebab plat kenderaan di Perak bermula dengan A). Pada hari ini pula Perak juga nombor satu: ada dua MB, ada dua speaker. Politik haru biru di Perak..

al-brangi said...

1 Malaysia, apa dah jadi