Sunday, 5 July 2009

FILEM OH! FILEM



Dalam minggu ni aku memang sibuk. Banyak keje yang aku perlu uruskan. Ader yang nak urgent ader plak nak bebila jer. Klu tak di ikutkan... alamatnya kena ceramah lah aku..hehehehe... tpi dlm kesibukkan... hati dan minda aku tak tenteram. Tak sabar nak tengok filem Terminator Salvation dan Transformers : Revenge Of The Fallen untuk menenangkan fikiran aku yg dah berserabut nih.


Kedua-dua filem tue memang aku nantikan. Walaupun filem tersebut telah lama berada di pawagam, masih belum terlambat untuk aku memberikan sedikit sebanyak komen setelah aku menonton filem berkenaan.


Terminator Salvation – bagi pendapat aku, TS kali ini tidaklah sehebat siri yang terdahulu. Pada permulaan cerita hinggalah pertengahan cerita, memang tidak dapat aku nafikan, ianya memang menarik dengan aksi-aksi yang mendebarkan yang boleh membuatkan aku tidak senang duduk dibuatnya akan tetapi bila masuk pertengahan filem hinggalah ke akhir cerita, cerita TS semakin lama semakin membosankan. Ntah kenapa cerita kali ini tidak dapat memuaskan hati aku.


Transformers : Revenge Of The Fallen – filem yang pertama dulu memang aku minat giler, sampaikan aku tengok kat panggung 3x, beli dvd lagi sebab leh tengok berulang kali tapi filem kali ni aku tengok sekali jer. Takder hati nak tengok lagi. Ceritanya dah merepek dan melalut. Banyak plaks robot yang di tonjolkan kali ni. Terasa semak rasanya. Pendek kata filem kali ni tidak menepati citarasa aku...

6 comments:

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

APA-APA PUN AKU FIKIR TENTANG FILEM BERSIRI NI, 'ROUND PERTAMA' JE YANG BEST. MASUK YANG KEDUA DAH HAMBAR, KALU YANG KE-TIGA TERUS LONGGAR..

Quantity Surveyor said...

betulla kontraktorwibawa... kebanyakkan filem cmtulah... the 1st is the best, lepas tuh sumer dh x best...

*xnk tgk lg filem2 yang ader versi 2,3 dan seterusnye...

c-idah said...

ye ke xbest..

bru nk p bli mlm nanti dvd nye..
mmmm...apa2 hal kena bli gak ar,
anak2 nk tengok sangat..

Quantity Surveyor said...

tu pendapat saya jer... x tau la pndapat c-idah bila dh tgk nnti... klu anak2 nk tgk sgt... bliknla... citer robot2 tuh mmg budak2 suka sgt...

yue_ziey said...

emmm,xley nk komen pape la...
sbb xtgk lg...
nnti klu da tgk,sy gth QS eyh...
lalalala~~

Quantity Surveyor said...

yue_zie x tgk lg?... klu ader masa pegila... wt puaskn ati... lain org lain pendapatnyer.....

dh tgk nnti bgtau QS yer...

* slmt menonton...