Sunday 2 August 2009

CUBA DAN TERUS MENCUBA.....


Isnin yang lalu aku telah menghadiri satu temuduga. Awal jam 8.00 pagi aku telah pun sampai ke tempat temuduga tersebut dijalankan. Aku dapati bukanlah aku orang yang terawal sampai di sana. Terdapat beberapa calon yang hadir mendahului aku. Jam 8.15 pagi, sesi pendaftaran dimulakan. Giliran aku orang yang ke-13 untuk ditemuduga daripada 35 orang yang hadir. Aku sempat menjeling penemuduga yang akan menemuduga aku. Kedua-duanya lelaki. Nampak macam serius orangnya. Bak..buk...bak...buk... hati berdebar menunggu saat ditemuduga.

Jam 8.30 pagi calon pertama dipanggil. Masing2 sibuk menghafal menteri itu dan menteri ini, manalah tau kalau-kalau hafalan tuh tersangkut dengan soalan yang akan ditanya nanti. Untung2 leh jawab. Boleh tersenyum lega. Aku plaks.... tunggu dengan penuh debaran... Seorang demi seorang calon ditemuduga, setelah dihitung kira setiap calon mengambil masa selama 15 minit untuk ditemuduga. ”Ish... lamanya... apalah agaknya soalan yang akan ditanya?” persoalan yang sentiasa bermain difikiran aku. Apabila sesorang calon selesai ditemuduga, calon yang lain sibuk bertanya soalan apakah yang dipersoalkan semasa sesi temuduga tersebut. Ada kena tanya pasal menteri itu dan ini, pengarah sana dan sini dan pelbagai persoalan, yang leh aku simpulkan, penemuduga itu gemar dengan hal isu semasa.

Giliran aku semakin dekat, tak sabar rasenyer nak selesaikan temuduga ni, jam 10.00 pagi, sesi temuduga diberhentikan seketika kerana memberi laluan kepada penemuduga tersebut membasahkan tekak. ”Tunggu lagi...biler nk abis nih” ngomelku sendirian. Aku semakin bosan menunggu.....Jam 10.45 pagi, sesi temuduga disambung semula. Hujan turun dengan lebatnya. Menambahkan lagi keresahan dihati. Aku dah malas nak menghafal menteri itu dan ini yang aku hanya ingatkan adalah isu semasa sekarang. Apa ek?.. ha HINI dan kes Teoh Beng Hock... yang lain aku tak tau. Aku pasrah.....

Jam 11.45 pagi, giliranku ditemuduga. Ketuk pintu sebelum masuk, bagi salam, murahkan senyuman dan duduk dengan tertib. Penemuduga hanya senyum memandang aku. Aku memperkenalkan diri aku, pengalaman kerja aku. Sepanjang temuduga tersebut aku terasa kejap jer. Mungkin sebab sepanjang perbualan tuh disulami dengan gelak tawa aku dan penemuduga berkenaan. Mereka tidaklah seperti yang aku sangkakan. Pandai gak depa ni buat lawak...hehehe
--------------------------------------------------------------------

Jam 12.00 tghari tepat, aku selesai ditemuduga akhirnya. Leh la balik rumah ngan hati yg tenang. Lega ati aku. Cuma aku berserah, seandainya rezeki aku ader di sana... aku bersyukur... jika tidak... aku tidak akan berputus asa. Cuba..cuba dan cuba lagi...

Tentu u all nak tau per soalan isu semasa yg aku kena soal masa sesi temuduga td. Nak tau tak?... ada 3 soalan so ini soalannya :-
A. Apakah yang selalu diwar-warkan/ diperkata oleh Perdana Menteri kita?
i) Datuk Seri Najib
ii) Datuk Seri Abdullah
iii) Datuk Dr. Mahathir
Haaa.... korang cuber la jawab.. kalau korang teror la.....

8 comments:

KALAM JAUHARI said...

selamat berjaya

yue_ziey said...

QS...sy th jwpnnye..
i) 1 malaysia
ii) cemerlang,gemilang n terbilang
iii) wawasan 2020

tul x QS...???

*prnh gak tahu sblm ni..ade kwn prnh ditanye sln camni..hehehe*

al-brangi Online said...

didoakan berjaya InsyaAllah

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SALAM BUAT EMPUNYA BLOG.

SELALU YANG DITEMUDUGA GABRA AWAL, FIKIR APA YANG PENEMUDUGA NAK TANYA.

DEPA TU TAK ADA SOALAN YANG SPESIFIK, SEKADAR TANYA PA YANG TERLINTAS DALAM KEPALA.

APA YANG PENTING PENAMPILAN DAN KERAMAHAN KITA SEMASA BERBICARA.

SEMOGA QS DAPAT BERJAYA DALAM TEMUDUGA INI.

TENTANG SOALAN TU? SAYA CUBA JAWAB..

DS NAJIB - MELAYU GLOKAL
TUN ABDULLAH - ISLAM HARI-HARI
TUN MAHATHIR - MELAYU MUDAH LUPA..

- APANAMA.. BETUI KA?

El_Liyana said...

terima kasih... KALAM JAUHARI...

El_Liyana said...

ai... yue_ziey...

dh betul la jawapan yg diberi tuh... tpi jawapan no ii tu salah la...

jgn putus asa...pikirkan la yer

* cuba...cuba...dan cuba lagi

El_Liyana said...

al-brangi... terima kasih bebanyak yer...

El_Liyana said...

buat kontraktorwibawa....

biaserla adat temuduga... mesti berdebar walaupun dh beribu kali di interview... heheheh

terima kasih kerana mendoakan QS...

psl jawapan tuh.... tul ker?... nnti QS buka kamus tgk jawapan yang diberikan yer...