Wednesday 18 November 2009

RAGAM

Apa yang aku nak kongsikan bersama dengan korang semua adalah akhlak atau perangai remaja masa kini. Satu petang, selepas seminar di KL selesai, aku pn balik semula ke opis aku dengan menaiki KTM.
Biasalah KTM… mesti penuh la. Naik pun kena berebut2. Kalau tak nanti kenala tunggu train lain. Penat tue. Aku berdiri di bahagian belakang train tuh. Pelbagai jenis bangsa yang menggunakan perkhidmatan nih. Berdiri disebelah aku adalah seorang makcik yang agak berumurla jugak. Aku agak umurnya dalam awal 50an. Depan aku plak orang negro.
Aku pun mula la berborak ngan makcik tuh. Rupa2nya dia nak pergi rumah anaknya di Bangi. Lagi 5 stesen lagi nk sampai Bangi. Jauh tuh. Cian makcik ni berdiri. Kalau aku duduk, dh lamer aku bagi makcik nih duduk. Aku tengok kt budak2 bujang yang duduk kt kerusi wat bodo jer. Sikit pun tak offer kat makcik nih duduk.
Nak aku sound nanti, aku ni perempuan. Tengok budak2 tuh muka cam gangster. Aku tak berani nak tegur. Tiba-tiba satu suara menyuruh bebudak tadi bangun dan suruh makcik tuh duduk. Rupa-rupanya orang negro tadi yang tegur bebudak tuh. Malunya aku. Bangsa lain yang tegur bangsa kita. Apalah agaknya tanggapan mamat negro tu td ek?....
Selain daripada tu, aku terlihat gak sepasang merpati dua sejoli di dalam train tuh sedang bermanja-manjaan. Tanpa rasa segan dan malu, depan orang ramai depa boleh wt drama. Ish..ish… macam-macam perangai aku tengok.
Ntah bila remaja kita leh jadi remaja yang berakhlak mulia, bersopan-santun dan saling menghormati……..

1 comment:

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SALAM QS,

AKU RESPEK LA KAT MAMAT TINTED X LULUS JPJ YANG SUH BUDAK MELAYU TU MENGHORMATI OWANG TUA.

MASYARAKAT KAT AFRIKA SINUN TENTU DEPA SALING BERSOPAN SANTUN SERTA HORMAT MENGHORMATI MELEBIHI KITA.

ELOK BEBUDAK KUANG AJAR DAN BERMANJA2AN DI TEMPAT TERBUKA NI DIHANTAR KE AFRIKA UNTUK BERKAWAN DENGAN SINGA.

DARI JADI SAMPAH YANG MENYAMPAHKAN MATA KITA, BAIK DIJADIKAN DINNER DEK SINGA..