Tuesday, 1 October 2013

REBUNG & PERUT MASAK LEMAK CILI API

selamat malam semua... malam nih yanna lapang sket.. arinih sehari suntuk dok mengemas rumah... baru jer abes vakum... mop sambung sok lak... nak mengemas rumah nih kena buat sket2 sebab si kecik sentiasa mengganggu gugat... ada jer x kena... baru kemas sket si kecik dah berbunyi... hihihi...


hari nih yanna nak kongsikan masakan ringkas yanna... rebung dan perut masak lemak cili api...


masak lemak nih pedas tau... tengok cili api tuh... bertepek2... hihihihi... 

REBUNG & PERUT MASAK LEMAK CILI API

Bahan2 :-

1 cawan rebung ( dibasuh bersih dan direbus separa empuk )
segenggam perut lembu ( dibasuh bersih dan direbus hingga lembut )
3 biji bawang merah ( yang saiz kecik tu ye ) - dikisar
2 biji bawang putih - dikisar
1 inci kunyit hidup - dikisar
10 biji cili api ( letak ikut suka ) -  dikisar
sedikit ikan bilis - dikisar
1 cawan santan pekat
1/2 cawan air
garam secukup rasa

Cara2 :-

1. Masukkan bahan yang dikisar bersama air dalam kuali. Masak sehingga menggelegak kuahnya.

2. Masukkan santan. Tunggu menggelegak.

3. Masukkan rebung dan perut. Letakkan garam secukupnya. Sedia untuk dihidang.. Siap...

~~ MUDAH KAN... SELAMAT MENCUBA ~~

XOXO :D

2 comments:

Danny said...

Resepi ni x guna minyak ke?

Yanna_Lie said...

tak guna minyak yer..