Sunday 24 May 2009

MELAYU LUPA LAGI..




Pemerintah yang mengikut telunjuk orang lain bukan bebas lagi. Pemerintah yang menjadi pemerintah melalui rasuah akan benar diri mereka disogok kerana perlu mendapat kewangan yang cukup untuk membeli sokongan lagi supaya kedudukan mereka sebagai pemerintah akan kekal.



Untuk mendapat sogokan yang cukup mereka akan sanggup ikut arahan penyogok. Dengan perkataan lain mereka akan jadi alat pada penyogok. Kepentingan penyogok tidak sama dengan kepentingan kita, atau kepentingan bangsa dan negara.



Kita sudah lihat hanya kerana hendak kekal sebagai pemerintah, ada yang sanggup layan apa sahaja arahan, tuntutan, desakan oleh pihak yang menentukan jawatan bagi kita. Kalau pun apa yang dituntut merugikan orang Melayu, itu tidak mengapa asalkan kita dapat jawatan, walaupun sebagai “figurehead”, patung sahaja, tidak berkuasa pun.



Jika kita terjemah keadaan ini kepada jawatan yang didapati kerana disogok apakah yang tidak sanggup kita buat? Jual bangsa, jual negara pun kita sanggup. Apabila kita sudah jual bangsa dan negara apakah kita merdeka lagi? Sudah tentu tidak.



Justeru itu tidak benar kepercayaan kita bahawa sekali merdeka selama-lamanya merdeka. Pada permukaannya kita merdeka tetapi pada hakikatnya kita sudah kembali dijajah. Apabila kita kembali dijajah maka kita sudah khianati pejuang-pejuang kemerdekaan kita dahulu. Itulah kenyataan yang sebenar.



Melayu mudah lupa. Kata seorang ahli falsafah; “Mereka yang lupa akan sejarah mereka akan didera dengan mengulangi kesalahan mereka berkali-kali”. Inilah hasil daripada mudah lupa. Kita lupa bahkan kita tidak suka diperingati akan sejarah kita. Apa kena-mengena peristiwa 50 tahun dahulu?



Apa kena-mengena dengan kita akan kemiskinan Melayu, dengan kedaifan mereka dalam bidang ilmu dan profesyen di masa dahulu? Itu dahulu, ini sekarang. Sudah tentu sejarah penjajahan kita dahulu tidak ada kena mengena dengan keadaan kita sekarang. Tidak ada pelajaran yang akan kita dapati daripada sejarah 100, 500 tahun dahulu. Itu semua cerita dongeng.


Apa yang kita lakukan sekarang, kita lakukan kerana kita sudah merdeka dan selamat. Buatlah apa pun kita tetap selamat, tetap merdeka. Jadi penagih dadah, jadi pelepak, jadi “Mat Rempit”, jadi penjenayah pun tak mengapa.



Bukankah kita yang memilih dan membentuk Kerajaan? Kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap kita. Jika kerana amalan buruk kita, sesuatu yang tidak baik menimpa kita, bukankah menjadi tanggungjawab Kerajaan pilihan kita untuk menyelamatkan kita?



Jika kita diserang orang bukankah menjadi tanggungjawab Kerajaan yang kita pilih untuk menangkis serangan ini?



Jika kerana Kerajaan yang kita pilih terdiri daripada orang yang sogok duit pada kita dan mereka pula disogok oleh orang lain dan mereka berasa lebih terikat kepada yang menyogok mereka dan kurang bertanggungjawab kepada kita kerana sokongan kita mereka dapati kerana kita terima sogokan, apakah yang dapat kita buat?



Tak banyak. Hanya menerima sahaja..



SEBAHAGIAN UCAPAN OLEH YABHG TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD DI PERHIMPUNAN DAN SIDANG KEMUNCAK PRIBUMI PERKASA NEGARA DI KOMPLEKS SUKAN TNB, JALAN BANGSAR,KUALA LUMPUR

Sunday 17 May 2009

DUN PERAK



Maaf, saya terpaksa membetulkan fakta Datuk mengenai keadaan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tempoh hari.Sebagai salah seorang pekerja sebuah akhbar arus perdana, saya dilatih untuk sentiasa objektif dalam membuat setiap liputan.



Melaporkan yang benar, tepat namun seperti yang Datuk maklumi, bahan perlu mencapai matlamat yang dimahukan pengarang2 di ibu pejabat atau ketua biro. Saya bertuah kerana berpeluang berada di DUN Perak bagi membuat liputan kekecohan yang sememangnya diduga semua pihak itu.



Datuk,Sangat tidak tepat BENTARA dijadikan sandaran punca polis dibawa masuk. Sepanjang pemerhatian saya, sebelum kekecohan tercetus, Bentara DUN Perak merupakan pihak yang paling tidak profesional. Mereka bertindak bukan berdasarkan arahan Speaker mahupun Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri tetapi hakikatnya, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim.



Hampir sepanjang tempoh sehingga kira-kira selepas DUN berhenti berehat, Datuk SUK Perak bermundar-mandir beriya-iya mengarahkan Bentara hatta mendesak Abdullah Antong Sabri. Bagi saya yang menyaksikan dengan mata kepala sendiri, Bentara yang sepatutnya bertuankan Speaker di DUN sebaliknya terpaksa taat kepada Datuk SUK yang kami pengamal media di Perak, tahu betapa bias dan tidak profesional sebagai penjawat awam.



2) Polis bukan terpaksa dipanggil masuk tetapi telah bersedia dengan pakaian preman di luar DUN. Kelibat polis hakikatnya digunakan untuk mengusung Sivakumar keluar dari DUN bagi membolehkan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah memulakan titah perasmian.
Kekecohan yang berlaku kira-kira jam 2.40 petang hanya dijadikan sebab untuk khidmat polis kononnya terpaksa dikerah sedangkan ia tidak sepatutnya berlaku begitu.



Saya dan rakan-rakan media sangat terkejut dengan perkembangan itu bahkan ramai yang menggelengkan kepala, mengapa begitu ramai `orang yang tidak berkenaan' masuk dan mencampuri persidangan?
Justifikasi tindakan itu, Speaker baru kononnya mempunyai hak berbuat demikian berdasarkan Fasal 90, Peraturan Mesyuarat.



Speaker baru, Datuk R. Ganesan boleh berbuat demikian (memanggil polis) tetapi apa yang berlaku, bekas ADUN Sungkai itu tidak memanggil pun polis seperti termaktub dalam peraturan itu. Sumpah Datuk....gerombolan polis bersama dua pegawai yang salah seorangnya berpangkat Supritendan merempuh masuk dan bermula pada saat itu, polis menguasai DUN Perak.



Apa kejadah begitu? Sumpah Datuk, inilah antara salah satu liputan yang saya rasa sangat jelek untuk dihasilkan beritanya! Saya sentiasa cuba bersikap profesional dan bertanggungjawab dalam tugas, tetapi kejadian membawa masuk puluhan polis ke dalam Dewan yang dianggap mulia apatah lagi ia tidak perlu dilakukan, sangat mendukacitakan.



Kepada parti pemerintah, saya yakin kalian boleh tawan Perak semula jika berlaku pilihan raya kecil negeri. Apa mahu takut, bubar sahaja DUN Perak dan bagi saya..itulah cara terbaik menyelesaikan kemelut yang akan terus berpanjangan ini!



11:10 PM –PETIKAN DARI KOMEN WARTAWAN MUDA DALAM BLOG A.KADIR JASIN

Saturday 16 May 2009

MUKA TAK MALU ?




Ramai yang terkejut dengan apa yang telah berlaku awal minggu ini. Mula-mula DS Nizar diumumkan sebagai Menteri Besar yang sah di Mahkamah Tinggi. Tuan Hakim menyebut bahawa DS Nizar tidak pernah tidak menjadi Menteri Besar semenjak perlantikan beliau pada bulan Mac tahun lepas. Ini bermakna bahawa semenjak Februari tahun ini apabila rompakan kuasa dilakukan oleh BN, DS Zambri merupakan Menteri Besar Haram. Sijil haramnya disahkan oleh mahkamah tinggi!


Zambri telah menjawat jawatan MB secara tidak sah, berlagak sebagai MB sedangkan beliau tidak mempunyai apa-apa hak untuk mengisi jawatan tersebut.Sepatutnya Zambri merasa malu dengan keputusan itu dan bersegera untuk meyerahkan balek jawatan yang dia tidak layak memegang itu. Malangnya sesuai dengan gelaran di atas, beliau bertindak untuk menyekat dan menangguh perlaksanaan keputusan mahkamah tersebut dengan mendapatkan ‘stay order’ dari mahkamah rayuan.


‘Stay order’ ini tidak bermakna bahawa keputusan Mahkamah Tinggi tersebut ditolak atau diterbalekkan. Ia hanya menunda perlaksanaan keputusan mahkamah tersebut. Ertinya, mahkamah rayuan tidak menolak keputusan mahkamah tinggi. DS Nizar diakui MB yang sah. Hanya tak boleh lagi diberikan kembali jawatan MB kepadanya kerana ada ‘stay order’. Oleh itu, dakwaan bahawa Zambri kembali sebagai MB yang sah adalah satu dakwaan yang palsu dan memalukan. Bagi mereka yang tahu malu.


Tidak puas dengan menyamar sebagai MB selama 3 bulan lebih, Zambri berjaya melanjutkan lagi tempoh untuk dirinya terus menyamar. Muka tak malu sungguh! Sekiranya nak tunggu tarikh perbicaraan di mahkamah rayuan untuk menolak keputusan mahkamah tinggi sekalipun, sepatutnya Zambri mengakui buat masa ini DS Nizar lebih berhak ke atas jawatan tersebut. Zambri sepatutnya meminta maaf kepada rakyat Perak kerana menipu mereka selama ini, serahkan jawatan balek ke DS Nizar dan terus berkhidmat sebagai ADUN biasa sehingga tarikh perbicaraan di mahkamah rayuan.Namun apakan daya.


Teringin sangat beliau kepada jawatan tersebut walaupun diputuskan beliau tidak berhak. Mungkin dianggap rakyat bodoh dan tak faham. Malah beliau dengan begitu bangga kembali sebagai MB Haram sambil mendabik dada menyamakan dirinya sebagai pejuang seperti Gandhi dan Mandela! Rakyat benar-benar dianggap bodoh oleh gerombolan ini! Gandhi dan Mandela berjuang untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak diredhai rakyat. Mungkin DS Zambri tak sedar, kerajaan yang TIDAK diredhai rakyat di Perak adalah kerajaan BN! Mereka masih anggap rakyat bodoh. Namun rakyat nampak siapa sebenarnya yang bodoh!


Bukti mereka tahu bahawa BN tidak diredhai jelas dari sikap mereka yang begitu takut untuk membubar DUN Perak. Malahan, tanpa segan silu, seorang lagi ahli kumpulan yang tak tahu malu, Tun Mahathir mengeluarkan kenyataan mendesak BN supaya jangan membubar DUN kerana kalau dibubar dan diundi semula, BN pasti akan kalah! Tahu pun! Kalau dah tahu dan dah sedar, insaf ajelah. Ini, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong siapa suruh? Apa dah nak jadi kepada Malaysia ini? MB muka tak malu, PM muka tak malu (kes Mongolia) dan mantan PM yang juga muka tak malu! Mereka satu kapal. Semoga karam bersama! WaLlahu 'Alam.


KHALID SAMAD
-PETIKAN DARI BLOG MANJUNG MARI

Thursday 14 May 2009

AKU TERGODA..




"Aku Tidak Senang Duduk". Sesetengah wanita biasanya akan menunjukkan petanda awal yang tidak begitu jelas dan kemudian mengharapkan anda untuk mengambil alih peranan seterusnya. Jika anda berjaya mengesan petanda ini, hanya sedikit usaha mampu membuahkan hasil kerana ‘pintu’nya telah terbuka untuk anda. Biasanya tanda-tanda awal ini ditunjukkan dengan berjalan mundar-mandir di belakang anda atau tidak sengaja terlanggar bahu sambil menjeling manja. Walaupun dia sekadar mengatakan ‘Maaf!’, itu adalah petanda yang perlu diberi tindakan segera.





"Aku Tunjuk Minat". Sewaktu berbicara dengannya, walaupun anda memperkatakan hal tidak munasabah, dia masih memberi komen membina. Setiap isu yang anda timbulkan mendapat sokongan daripadanya. Sama ada anda memang pandai berbicara atau dia menaruh minat mendalam terhadap anda. Lebih jelas lagi jika dia memainkan rambut sambil tersenyum manja setiap kali berbicara. Jika anda kurang yakin dengan maksud tersirat yang cuba disampaikan, dapatkan pandangan rakan yang ada bersama anda.






"Aku perkenalkan Kepada Rakanku". Bermakna anda telah diterima masuk dalam kehidupannya. Salah satu sebab anda diperkenalkan adalah untuk memberitahu rakan-rakannya: ‘Ini aku punya’, dan satu lagi sebab ialah untuk mereka menilai diri anda. Jadi pastikan anda turut mengambil hati rakan-rakannya, namun jangan sampai dia cemburu.







"Aku Men'jual' Diriku". Jika percakapan atau gerak lakunya menunjukkan seperti dia sedang mempromosikan aset dan kelebihannya, bermakna anda sedang diberi petunjuk jelas olehnya. Secara tidak langsung dia ingin membuatkan anda terasa yang dirinya berbaloi untuk dimiliki.






"Aku Bersikap Terbuka". Biasanya wanita tidak akan mendedahkan terlalu banyak maklumat tentang peribadinya. Hanya jika dia betul-betul berminat dan percayakan anda barulah segalanya akan diceritakan. Anggaplah ia sebagai petunjuk utama tentang keinginannya, terutama jika perihal jenama pakaian dalamnya juga turut diceritakan. WOW!








"Aku Membayangi Mu". Bukan membayangi seperti mengatasi diri anda, t etapi menjadi seperti bayang-bayang anda. Ke mana sahaja anda pergi, pasti dia akan mengikuti anda. Dia juga menunjukkan minat mendalam terhadap percakapan anda walaupun tiada kena mengena dengan dirinya. Dia sebenarnya sedang lemas dengan keinginannya untuk mendampingi anda. Berikan dia ruang untuk menunjukkan kemahuannya agar tidak ‘lemas’ lagi.






"Aku ajak mu Ke Tempat Lain...". Dia ingin meluangkan masa yang lebih privasi bersama anda. Mungkin untuk berkenalan dengan lebih lanjut atau untuk meluahkan perasaannya terhadap anda. Kata-kata manis dan bicara anda bukan lagi soal utama baginya. Anda menjadi pilihan utama sebagai teman lelaki baginya..

Friday 8 May 2009

BUJANG TIGA

Bagaimana untuk memastikan boyfriend anda itu bukan suami orang. Memang tidak mudah hendak mengetahui kehidupan sesorang lelaki tapi awas, kekadang anda bertemankan suami orang. Apakah Tanda Lelaki Itu Suami Orang..?




Bila berbual dengan anda matanya tidak memandang wajah atau muka anda kerana takut pembohongannya dikesan DAN Ketika sedang berjalan-jalan dengan anda matanya liar memerhatikan sekeliling kerana dia khuatir terserempak dengan rakan-rakan isterinya atau saudara mara.




Jarang mengajak anda makan di tempat terbuka untuk menjaga line dengan makan di tempat-tempat yang sulit dan tersembunyi DAN Sukar untuk menghubungi telefon bimbitnya kerana sering tidak dapat dihubungi kerana sebenarnya dia menggunakan 2 atau 3 talian (sim card) dan anda hanya mempunyai nombor talian yang dikhaskan untuk menggatal.




Sama sekali tidak akan mengajak anda datang ke rumahnya untuk bertemu kedua orang tuanya DAN Dalam keretanya ada tanda-tanda kehadiran budak kecil seperti anak patung, high hells, selipar, puting ataupun tompok-tompok berbau susu di kusyen kereta.




Bila bersembang tentang rahsia wanita, pengetahuannya luar biasa kerana dia sendiri pernah tinggal serumah, sebilik dan sekatil dengan wanita DAN Tahap kemiangan dan kegatalannya melampau, mungkin kerana terlalu di kongkong oleh isterinya. Bila memandang tubuh anda, matanya menakutkan, seperti X-RAY (tafsir sampai ke dalam kata orang tua).



Perutnya buncit atau boroi kerana makan dan minumnya dijaga oleh isteri mithali yang baik dan setia di rumah DAN Bila telefon bimbitnya berbunyi, dia akan pergi ke tempat yang agak jauh dari anda untuk menjawabnya atau jika di dalam kereta dia akan membiarkan telefon berbunyi tanpa menjawabnya selepas melihat nombor yang terpapar di screen kerana yang menelefonnya adalah isterinya..



Tapi lelaki bujang sekarang ramai di Penjara dan Serenti berbanding di Universiti. Lelaki yang baik cepat di sambar orang, barang yang baik tentu la menjadi rebutan. Jikalau dah puas mencari tapi tak berjumpa bujang sesuai dan hati lak dah berkenan pada si Abang Bujang Tiga..