Sunday, 3 February 2013

NASI GORENG CENDAWAN SHITAKE

assalamualaikum dan selamat malam semua... n3 kalinih yanna publish malam plaks sebab sibuk sangat siang tadi... layan kerenah baby boy nih... asyik nak menyusu jer... so yanna tak dapat nak usik lappy nih... inipun wazhif tengah tido... penat bermain di siang hari agaknya... sebelum dia terjaga mintak susu lagi... baik yanna cepat2 publish menu untuk sarapan pagi tadi....


bangun pagi tadi terus jer ke dapur... nak buat sarapan pagi kenala cepat2 sket sebelum si kecil bangun... hik3... so inilah hasilnya... nasi goreng cendawan shitake


pelik tak?... rasanya tak pelik kot... memang besh rasa nasi goreng nih... aroma cendawan tuh memang mengasyikkan (untuk sape yang suka je yer).... di sini yanna kongsikan resepinya bagi sesiapa yang ingin mencuba...

NASI GORENG CENDAWAN SHITAKE

Bahan2 :-

2 cawan nasi 
3 biji bawang merah *dikisar
2 ulas bawang putih *dikisar
20 biji ciliapi *dikisar (leh kurangkan kalau tak nak pedas)
1 inci halia *dikisar
1/2 cawan ikan bilis *dikisar
1 sudu kecil lada hitam *dikisar
3 batang kacang panjang * dipotong kecil - 1/2 inci
3 helai daun bawang *dipotong kecil - 1/2 inci
1 biji lada merah *dihiris 
4 biji cendawan shitake *direndam hingga kembang dan dipotong dadu
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara2nya :-

1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang dikisar hingga garing. Perasakan dengan garam.

2. Masukkan kacang panjang dan cendawan shitake. Kacau hingga sebati dan biarkan masak sebentar.

3. Masukkan nasi, cili merah dan daun bawang. Gaul hingga rata. Biarkan sekejap. Tutup api. Siap.

4. Sedia untuk dihidang. Makan panas2 lagi sedap.

~~ SELAMAT MENCUBA ~~

XOXO :D

2 comments:

Asyifa Mustaffa said...

pedas tu yg sdap....!
Nak sepiring pun jdi la....buat sarap pgi ni..hehe....

Yanna_Lie said...

tu la kn sis.. x pedas cam xde maknanya...hik3... nak sepiring?.. lambat la sis... dah licin... huhu