Thursday 2 July 2009

PROJEK SELESAI

Akhirnya projek di Johor siap juga. Walaupun banyak sangat halangan dan dugaannya. Aku dah letih nak ulang alik untuk projek nih. Ini adalah kerja-kerja pengukuran kerja tambahan bersama pihak klien untuk mengesahkan kuantiti yang aku claim sama seperti kat site tuh.


Ini adalah salah satu kerja yang pihak kami siapkan iaitu pemasangan bumbung polycarbonate untuk masjid di kawasan berkenaan. Bumbung ni dah 3 kali di perbaiki kerana sebahagian kepingan polycarbonate tersebut tercabut diterbangkan ribut semasa tempoh projek.


Tak kira hujan yang turun, kerja tetap kerja. Kami tetap meneruskan pengukuran kami walaupun pada tika itu hujan turun renyai2 tanpa menunjukan sebarang tanda untuk berhenti.


Cuaca panas terik pun, pengukuran tetap dijalankan. Jauh juga berjalan untuk mengambil keluasan premix yang kami buat. Banyak gak lah peluh yg kluar. Dapatlah aku turunkan berat badan aku yang sememangnya dah berat... hehehe.....


* harap lepas nih boss janganla amik projek jejauh... penat ar...

5 comments:

Muhd Suhaily said...

Salam,

Letih dan penat itu kejayaan,usaha itu keberanian,rindu itu semangat,rehat itu sempoi,gelak itu gembira,jauh itu tugasan dan selesai itu satu kepuasan. TQ

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

GAMBAR NI MASA YEZZZZA BUAT PROJEK KAT MANA YE?

El_Liyana said...

Thanx En. Muhd Suhaily.... mmg benar kata2 yang diluahkan...

kepada kontraktorwibawa.... projek ni kt pasir gudang, jb tau... pernah kesana?...

Shazreen Hafizee said...

hai ukur bahan=]

thankz 4 following=]

El_Liyana said...

ai shazreen hafizee... thanx 4 following qs gaks... jenguk2 la slalu blog ni yer