Sunday 26 July 2009

QS & TENDER


Dah lamer rasenyer tak update blog nih… sorryla… banyak sangat keje dan tender yang kena disiapkan. Sampai takder masa nak tengok blog nih... baru-baru ni, satu tender telah dihantar. Kelam-kabut dibuatnya. Terasa lega sekejap sebab lepas ni ader banyak lagi tender nak disiapkan dan dihantar pada waktu yang ditetapkan.

Ada juga tender yang kena hantar serentak tarikhnya. Masa tu, macam nak pengsan rasanya. Nak buat yang mana satu? Nak tak nak kena gak buat kedua2nya, so kenala berhempas pulas. Kos beli tender bukannya sikit, harga tender tu sendiri ader yang mencecah hingga RM2,500. Belum masuk kos petrol dan tol untuk pembelian tender. Banyak duit untuk tender nih, tapi projeknya belum tentu dapat. Kalau kena harganya dengan budget klien di tambahkan dengan perbelanjaan tersurat dan tersirat, dapatlah projek. Kalau tak, bermimpilah.


Beginila hidup di dalam dunia kontraktor. Walaupun projek belum dapat, kos untuk mendapatkannya perlu ditanggung. Kalau dapat projek tuh bolehla cover balik apa yang dibelanjakan tapi kalau tak dapat... alamatnya gigit jarila..


Walau apa pun, untuk teruskan hidup nih, kiter perlu berjuang walau apapun halangan dan cabarannya. Kita perlulah mempunyai semangat yg kuat, tabah, cekal dan sabar untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran di dunia ini.

3 comments:

al-brangi Online said...

jgn underestimate pulak, nanti nanya

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

MENCABAR SUNGGUH KERJA DI BIDANG QS NI YER. SATU BORANG TENDER SAJE DAH SETEBAL 6 INCI.

SEBUTHARGA UNTUK KELAS F PALING BANYAK PUN 30 HELAI JE & HARGA SEBUTHARGA LAK LINGKUNGAN RM50.00 SATU SET.

TAPI TENDER KELAS A CONTOHNYA, SEKALI DAPAT LEH BUAT BANGLOW 3 TINGKAT, MELANCONG, MELENCONG DAN BELI KERETA MEWAH. PUN BELUM TENTU HABIS PAKAI DUIT UNTUNG.

SEBUTHARGA KELAS F JIKA DAPAT, UNTUNGNYA SETAKAT BOLEH BAYAR BIL2 TERTUNGGAK, MELANCONG KE MEKAH ATAU MELENCONG KE BATAM..

LEPAS TU NGANGA LAGII..

El_Liyana said...

betulla al-brangi... klu slh kire leh rugi tau..

buat kontraktorwibawa....bukannya senang nk dpt projek kelas A nih... klu dpt pn xtentu untung/rugi....

bak kata org... besar periuk besar lagi keraknya...