Assalamualaikum dan selamat petang... entri kali ini lain sket eh.. hehe.. ntah mana datangnya kerajinan aku nih... pagi tadi aku sempat menyiapkan sehelai nursing cover untuk kegunaan akan datang nanti... tak tau apa itu NC?.... NC nih untuk memudahkan ibu menyusukan baby ditempat awam... ia bertindak sebagai pelindung bahagian badan si ibu apabila menyusukan anaknya... >_<
macam ni guna nursing cover tuh yer...
memula sediakan kain.. tak kisah kain jenis apapun.. aku guna cotton fannel.. ukurannya 37" lebar x 24" labuh.... ukur dan guntingkannya....
guntingkan pula untuk talinya... ukuran 40" panjang x 1" lebar...
kemudian, jahit dan cantumkan kain untuk dibuat tali tadi... seperti gambar diatas...
siap dijahit.. terbalikkan kain tersebut seperti ini....
dan jahit lagi skali di keliling kain tersebut untuk kemaskannya...
untuk bahagian badan pula.. jahitkan tepi kain... disekeliling kain kecuali bahagian atas kain...
untuk bahagian atasnya... letakkan pengeras kain atau vakram....
jahitkan sekeliling vakram tersebut seperti gambar di atas....
selepas itu.. cantumkan dan jahit talinya pula... jahitkan hujung tali tersebut....
hujung tali lagi satu tuh jahitkan butang seperti ini....
jahitkan satu lagi butang penetap di vakram badan kain tersebut....
taraaa... dah siap... nursing cover style aku.... aku guna apa yang ada jer.. hehe
~~ PUAS HATI DAPAT JAHIT SENDIRI ~~
No comments:
Post a Comment