Wednesday 9 January 2013

SUP KAMBING BEREMPAH RINGKAS

posting untuk malam nih pasal makan... hehehe... arini en suami nak makan sup kambing.. coz dalam freezer masih ada lagi daging kambing aqiqah yang belum habis dimasak (simpan wat stok sebenarnya) hehehe.. so balik jer dari opis terus aku kedapur untuk rebuskan daging kambing.. biar lembut bila nak wat sup nnti...


inilah hasilnya... sup kambing yang aku sendiri buat.... meriahkan... 


nampak tak tulang rusuk kambing tuh... hehe... nak resepi?... resepi nih aku wat sendiri tau.. yang pasti memang sedapppp... cuba lah...

SUP KAMBING BEREMPAH RINGKAS

Bahan2 :-

daging kambing secukupnya 
3 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
10 tangkai ciliapi (dihiris) * if nak pedas leh tambah lagi.. ikut suka
1 bungkus sup bunjut adabi
2 sudu besar rempah sup adabi (ditambahkan dengan air - jadikan paste)
2 sudu besar rempah sup babas (ditambahkan dengan air - jadikan paste)
daun bawang, daun sup dan bawang goreng sebagai hiasan
garam secukup rasa
sedikit minyak masak untuk menumis

Cara2nya :-

1. rebuskan daging kambing dan sup bunjut tadi hingga empuk (direbus dengan air yang sedikit dan api yang kecil).

2. panaskan minyak, tumiskan bahan2 yang dihiris tadi iaitu bawang merah, bawang putih, halia dan ciliapi.   tumis hingga naik bau wanginya.

3. masukkan paste rempah sup adabi dan babas tadi, tumis hingga pecah minyak.

4. kemudian, masukkan daging kambing dan air rebusan tadi, biarkan hingga mendidih. perasakan dengan garam.

5. siap...hidangkan sup dengan taburan daun bawang, daun sup dan bawang goreng bagi menambahkan lagi aroma sup ni.


~~ SELAMAT MENCUBA - MEMANG SEDAP ~~

XOXO :D

No comments: