Thursday 24 January 2013

TAUHU DAN CENDAWAN MASAK HITAM

Salam Maulidur Rasul diucapkan untuk semua pembaca blog setia yanna... cuti hari nih ingatkan nak dok kat rumah jer... berehat... tapi en suami plaks merancang program untuk mengemaskan opisnya... maklumlah.. nak pindah opis so banyak la barang yang nak dikemas... dari pagi sampailah ke petang...


so malam nih yanna masak yang ringkas2 jer... guna apa yang ada dalam freezer tuh... yang ada cuma tauhu putih (Alhamdulillah ada rezeki yanna hari nih) tauhu putih ooo tauhu putih... nak  masak per ye... so yanna pun cubalah cari resepi kat en google... inilah hasilnya...


terima kasih pada pemilik blog yang kongsikan resepinya... memang sedap... tapi yanna olahkan sket resepi nih ikut selera yanna sekeluarga... yanna sertakan resepi yang yanna dah olah kat bawah nih yer tapi kalau nak cuba resepi asalnya, klik DISINI yer... :)...

TAUHU DAN CENDAWAN MASAK HITAM

Bahan2 :-

tauhu putih dibelah dua dan dipotong tiga segi
6 batang daun bawang (ambil yang putih sahaja)
4 ketul cendawan shitake (direndam hingga lembut dan dihiris)
5 batang kacang buncis (dipotong memanjang) 
1 tangkai lada merah (yanna panggil lada hidup... hehe)
10 biji ciliapi (dihiris)
3 helai daun bawang (ambil yang warna hijau tuh plak- dipotong memanjang)
1 sd besar sos tiram
1 sd besar kicap pekat
1 sd besar kicap manis
1/2 st tepung jagung + dengan 2 st air
1 cawan air
sedikit garam
minyak bijan untuk menumis

Cara2nya :-

1. Gorengkan tauhu putih hingga garing, angkat dan toskan.

2. Panaskan minyak bijan dan masukkan daun bawang yang berwarna putih hingga naik bau.

3. Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap manis, kacang buncis, dan daun bawang (yang warna hijau). masukkan juga secawan air. gaul dan ratakan. tutup periuk. biarkan ia mendidih sebentar.(sampai air tadi menjadi setengah cawan-agak2 ye)

4. Akhir sekali, masukkan tepung jagung, perasakan garam. biarkan sebentar dan angkat.

5. Masukkan juga daun bawang (warna hijau). dan hidang...

 ~~ MUDAHKAN ~~

XOXO :D

No comments: